Loading...
Judul : Redzuan Mohd Yusof, Kedudukan MARA Diketahui 20 Hari Lagi
link : Redzuan Mohd Yusof, Kedudukan MARA Diketahui 20 Hari Lagi
Redzuan Mohd Yusof, Kedudukan MARA Diketahui 20 Hari Lagi
KUALA LUMPUR: Kedudukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan diputuskan kurang dari tempoh 20 hari oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata, ketika ini kawal selia dan tanggungjawab agensi Bumiputera itu masih dalam peringkat perbincangan dalam Kabinet.
"Secara peribadi, sudah pasti saya mahu MARA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Ushawan walaupun MARA kini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
"Namun, kita perlu ingat sejarah MARA yang mana sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum dibubarkan pada 2009.
"Jadi saya hendak sambung balik agenda dan memperkasakan peranan MARA seperti yang termaktub dalam Akta Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan taklimat bersama pengurusan tertinggi MARA, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, timbalannya, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf
Ditanya agensi yang secara rasmi diletakkan di bawah kementeriannya, Mohd Redzuan berkata, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat ini.
Mengulas keutamaannya sebagai Menteri, beliau berkata, cabaran utama yang dihadapinya adalah untuk meningkatkan jumlah usahawan dalam perusahaan kecil dan sedehana (PKS) pada masa akan datang.
Jelas Ahli Parlimen Alor Gajah itu, industri PKS ketika menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dan sumbangan perlu dipertingkatkan kepada 40 peratus. #sumber
Demikianlah Artikel Redzuan Mohd Yusof, Kedudukan MARA Diketahui 20 Hari Lagi
Sekianlah artikel Redzuan Mohd Yusof, Kedudukan MARA Diketahui 20 Hari Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Redzuan Mohd Yusof, Kedudukan MARA Diketahui 20 Hari Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/redzuan-mohd-yusof-kedudukan-mara.html
0 Response to "Redzuan Mohd Yusof, Kedudukan MARA Diketahui 20 Hari Lagi"
Catat Ulasan