Loading...
Judul : Rina Harun: Pengasuh Yang Layak Perlu Di Beri Kursus Dan Tauliah
link : Rina Harun: Pengasuh Yang Layak Perlu Di Beri Kursus Dan Tauliah
Rina Harun: Pengasuh Yang Layak Perlu Di Beri Kursus Dan Tauliah
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun mahu pengasuh yang layak diberikan kursus, latihan dan tauliah oleh kerajaan, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini melibatkan kanak-kanak di rumah atau pusat pengasuhan.
Anggota Parlimen Titiwangsa itu juga berharap satu garis panduan disediakan dan undang-undang berkaitan pusat pengasuhan diperketatkan.
Sambil melahirkan rasa pilu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemukan mati di rumah pengasuh di Taman Nahkoda, Batu Caves, Selangor, semalam, Rina berharap kejadian tersebut menjadi kes yang terakhir di negara ini.
“Kanak-kanak adalah pemimpin generasi masa depan. Semua golongan masyarakat mempunyai tanggungjawab memelihara hak, keselamatan, prihatin, menghormati kesejahteraan dan kebajikan mereka,” katanya, dalam kenyataan, di sini hari ini.
Wujud keraguan
Malam tadi, Bernama melaporkan Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya mendakwa tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di rumah suspek terbabit di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam.
Bagaimanapun, siasatan polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira 11 malam semalam setelah mendapati wujud keraguan pada keterangannya.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi, bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta dimasukkan di dalam beg berwarna hijau.
Polis telah menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam.
Kedua-duanya direman tujuh hari sehingga 10 Julai bagi membantu siasatan. #sumber
Demikianlah Artikel Rina Harun: Pengasuh Yang Layak Perlu Di Beri Kursus Dan Tauliah
Sekianlah artikel Rina Harun: Pengasuh Yang Layak Perlu Di Beri Kursus Dan Tauliah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rina Harun: Pengasuh Yang Layak Perlu Di Beri Kursus Dan Tauliah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/rina-harun-pengasuh-yang-layak-perlu-di.html
0 Response to "Rina Harun: Pengasuh Yang Layak Perlu Di Beri Kursus Dan Tauliah"
Catat Ulasan