Loading...

Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis

Loading...
Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis
link : Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis

Baca juga


Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis


SHAH ALAM: Seorang pemimpin PAS Selangor mencadangkan parti itu untuk membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Cadangan itu disuarakan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang berpendapat kerjasama itu antara pilihan terbaik untuk menguatkan suara pembangkang serta mengimbangi kekuatan Pakatan Harapan (PH).

"Secara peribadi saya mengesyorkan supaya PAS dan UMNO membentuk kerjasama bagi kerusi DUN Sungai Kandis. Saya melihat adalah lebih baik jika berlaku pertandingan satu lawan satu bagi kerusi ini.

"Dalam konteks di Selangor, PH adalah sangat kuat dan bagi memastikan proses demokrasi dapat berjalan dengan baik, adalah penting juga untuk mempunyai pembangkang yang kuat di Selangor," katanya kepada NSTP, hari ini.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, Isnin lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

PH Selangor berjaya meraih 51 kerusi DUN, BN (4) manakala PAS (1).

Mengulas lanjut, Roslan Shahir berkata, bagi merealisasikan kerjasama itu, PAS dan UMNO perlu membuang ego masing-masing dengan meletakkan kepentingan agama Islam sebagai asas untuk berbuat demikian.

"Tidak salah PAS dan UMNO membentuk kerjasama jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak, buanglah ego kita.

"Mungkin PRK DUN Sungai Kandis ialah perintis kepada lebih banyak kerjasama antara PAS dan UMNO pada masa depan. Namun sebagai ahli parti, saya akur semua keputusan PAS Pusat," katanya.

Pada 2016, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pernah mencadangkan parti itu membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU-14 dengan alasan mengukuhkan suara Islam.

Selain itu, Majlis Syura PAS turut bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya. #sumber


Demikianlah Artikel Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis

Sekianlah artikel Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/roslan-shahir-umno-dan-pas-di-saran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Roslan Shahir: UMNO Dan PAS Di Saran Kerjasama PRK DUN Sungai Kandis"

Catat Ulasan

Loading...