Loading...
Judul : Rosmah Nafi Beli Barang Kemas Daripada Syarikat Lebanon !
link : Rosmah Nafi Beli Barang Kemas Daripada Syarikat Lebanon !
Rosmah Nafi Beli Barang Kemas Daripada Syarikat Lebanon !
KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan beliau membeli mana-mana daripada 44 barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta, yang didakwa dihantar kepada beliau untuk dipilih oleh sebuah syarikat pemborong barang kemas Lebanon.
Rosmah, isteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan demikian dalam pernyataan pembelaan beliau yang difailkan menerusi firma guaman Messrs Geethan Ram di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Kes saman itu sebelum ini difailkan oleh syarikat pemborong barang kemas Lebanon yang berpangkalan di Beirut, Global Royalty Trading SAL.
"Anak guam kami tidak membeli mana-mana barang kemas yang menjadi perkara utama dalam saman tersebut. Oleh itu, hak milik sah barang kemas itu tidak pernah berpindah kepada anak guam kami," menurut siaran akhbar firma guaman itu.
Menurut firma guaman itu, barang kemas itu dihantar kepada Rosmah untuk dipilih atas sifat beliau sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia yang merupakan kehendak dan kerelaan plaintif sendiri dan tanpa sebarang kewajipan bagi Rosmah untuk membelinya.
Beliau berkata, saman yang difailkan oleh Global Royalty selaku plaintif telah melanggar peruntukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. #sumber
Demikianlah Artikel Rosmah Nafi Beli Barang Kemas Daripada Syarikat Lebanon !
Sekianlah artikel Rosmah Nafi Beli Barang Kemas Daripada Syarikat Lebanon ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rosmah Nafi Beli Barang Kemas Daripada Syarikat Lebanon ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/rosmah-nafi-beli-barang-kemas-daripada.html
0 Response to "Rosmah Nafi Beli Barang Kemas Daripada Syarikat Lebanon !"
Catat Ulasan