Loading...

Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu

Loading...
Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu
link : Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu

Baca juga


Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu


KUANTAN: Seorang juruteknik kerugian RM12,500 semasa sedang bercakap menerusi panggilan telefon dengan seorang penipu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis dari Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof (foto) berkata mangsa yang berusia 58 tahun mendakwa dia dihubungkan dengan suspek dikenali sebagai Inspektor Mazlan sekitar tengah hari semalam.

Katanya, sebelum itu mangsa menerima panggilan kononnya dari bank mendakwa dirinya mempunyai tunggakan baki pinjaman atas namanya sebelum panggilan disambungkan ke 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah'.

"Mangsa diberitahu terlibat dalam kegiatan wang haram dan Inspektor Mazlan menyuruhnya mengeluarkan wang di dalam akaun supaya tidak dibekukan sepanjang siasatan."

"Mangsa terus ke sebuah bank di bandar Mentakab untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek dalam keadaan dia masih bercakap dengan suspek."

"Selepas mangsa selesai memasukkan wang berjumlah RM12,500 ke dalam akaun itu, panggilan telefon berkenaan terus ditamatkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah perbuatan suspek yang menamatkan panggilan telefon secara tiba-tiba menyebabkan mangsa berasa curiga dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh. #sumber


Demikianlah Artikel Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu

Sekianlah artikel Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/rugi-rm12500-semasa-bercakap-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rugi RM12,500 Semasa Bercakap Dengan "Inspektor Mazlan" Palsu"

Catat Ulasan

Loading...