Loading...
Judul : Saifuddin Dakwa 30% Restoran Mamak Masih Naikkan Harga !
link : Saifuddin Dakwa 30% Restoran Mamak Masih Naikkan Harga !
Saifuddin Dakwa 30% Restoran Mamak Masih Naikkan Harga !
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati 30 peratus restoran mamak di seluruh negara menaikkan harga makanan selepas penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar 1 Jun lalu.
Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata peratusan tersebut diperolehi hasil tinjauan kementerian melalui perbandingan harga makanan di premis terbabit sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar itu.
"Kami dapati harga makanan di 30 peratus kedai mamak telah berlaku kenaikan harga manakala 70 peratus yang lainnya menyaksikan penurunan."
"Oleh itu kami kini giat mengenal pasti restoran yang masih degil untuk tidak menurunkan harga makanan," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian pertamanya sejak dilantik sebagai menteri, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata hasil tinjauan juga memerlukan kementerian memikirkan tindakan yang bersesuaian memandangkan penguatkuasaan di kementerian itu banyak menggunakan pendekatan mendidik berbanding mendenda peniaga.
"Untuk kesalahan pertama kita akan nasihat, asalkan tiada pelanggaran undang-undang secara berlebihan. Sekiranya kesalahan terbabit berulang barulah tindakan tegas akan diambil," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Saifuddin Dakwa 30% Restoran Mamak Masih Naikkan Harga !
Sekianlah artikel Saifuddin Dakwa 30% Restoran Mamak Masih Naikkan Harga ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saifuddin Dakwa 30% Restoran Mamak Masih Naikkan Harga ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/saifuddin-dakwa-30-restoran-mamak-masih.html
0 Response to "Saifuddin Dakwa 30% Restoran Mamak Masih Naikkan Harga !"
Catat Ulasan