Loading...

Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP)

Loading...
Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP)
link : Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP)

Baca juga


Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP)


KULIM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti cadangan sesetengah pihak supaya Permit Import (AP) dimansuhkan bagi membolehkan harga barangan diturunkan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memerlukan ruang dan masa bagi mengkaji perkara terbabit selain mengambil maklum balas daripada pemain industri.

"Sama ada amalan memansuhkan AP boleh menurunkan harga satu-satu jenis barangan, itu saya perlukan sedikit masa lagi untuk teliti.

"Jika ada ruang amalan itu boleh bawa kita turunkan harga, kita akan bergerak ke arah itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ketika ditemui pada majlis penyerahan memorandum bantahan kegiatan pembalakan di Kampung Sungai Tengas di sini, hari ini.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sebelum ini menyuarakan hasrat supaya pemansuhan AP dapat dilaksanakan kerana ia diyakini membolehkan harga barang turun berikutan ketika ini terdapat unsur monopoli daripada segelintir pihak yang mendapat hak terbabit.

Mengulas lanjut Saifuddin Nasution berkata pihaknya kini sedang menyenaraikan barangan dan perniagaan di bawah AP yang bersifat monopoli.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada perancangan bagi memastikan tiada peningkatan harga akibat monopoli AP khususnya membabitkan barangan keperluan asas.

"Di KPDNKK sendiri banyak jenis AP termasuk AP bagi beras, gula, sayuran selain pelbagai lagi dan jika wujud unsur monopoli serta merugikan pengguna, kami tidak teragak-agak untuk melantik pembida baru," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP)

Sekianlah artikel Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/saifuddin-kerajaan-teliti-cadangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saifuddin: Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh Permit Import (AP)"

Catat Ulasan

Loading...