Loading...

Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR !

Loading...
Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR !
link : Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR !

Baca juga


Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR !


KOTA KINABALU: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri jika suaminya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menang jawatan Presiden pada pemilihan parti itu akan datang.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika ini Anwar tidak mempunyai locus standi menjawat jawatan dalam kerajaan, manakala Wan Azizah, yang juga anggota Parlimen Pandan, telah dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Kalau Datuk Seri Anwar kemudian nanti menjadi presiden PKR, beliau akan kekal jadi presiden.

"(Untuk menjadi timbalan perdana menteri) Datuk Seri Anwar perlu bertanding menjadi anggota parlimen. Kita belum sampai tahap itu lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Presiden PKR bersama anggota PKR Sabah di sini hari ini.

Saifuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ditanya pemberita mengenai kedudukan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri jika Anwar dipilih menjadi Presiden PKR.

Anwar dijangka menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden PKR pada pemilihan parti akan datang, manakala Wan Azizah dijangka memberi laluan untuk Anwar berbuat demikian.

Saifuddin turut memaklumkan konsensus PH yang dibuat pada 6 Jan lalu jika menerajui kerajaan ialah Tun Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri dan Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Anwar akan dilantik ke dalam kabinet apabila beliau dipilih menjadi anggota Parlimen kelak.

Oleh itu, beliau berkata usul untuk mengekalkan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri jika tidak menerajui PKR sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang tidak akan timbul. #sumber



Demikianlah Artikel Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR !

Sekianlah artikel Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/saifuddin-wan-azizah-kekal-tpm-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saifuddin: Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR !"

Catat Ulasan

Loading...