Loading...
Judul : SPR Nafi Turunkan Bahan Kempen Calon BN Seperti Di Dakwa !
link : SPR Nafi Turunkan Bahan Kempen Calon BN Seperti Di Dakwa !
SPR Nafi Turunkan Bahan Kempen Calon BN Seperti Di Dakwa !
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam bahawa suruhanjaya itu bertindak menurunkan bahan kempen yang dipasang parti berkenaan.
Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood sebaliknya menegaskan bahawa tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen dibuat oleh Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) seperti didakwa.
"Malah wakil calon parti berkenaan (BN) turut menganggotai PPKPR yang diwujudkan oleh SPR itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lokman terdahulu mempersoalkan tindakan SPR yang didakwa mengarahkan sepanduk kempen parti itu diturunkan hari ini.
Calon BN itu dilaporkan berkata pihaknya menerima arahan itu daripada SPR pagi ini atas alasan paparan isi kandungan sepanduk berkenaaan menimbulkan 'rasa kurang selesa' kepada orang lain. #sumber
Demikianlah Artikel SPR Nafi Turunkan Bahan Kempen Calon BN Seperti Di Dakwa !
Sekianlah artikel SPR Nafi Turunkan Bahan Kempen Calon BN Seperti Di Dakwa ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPR Nafi Turunkan Bahan Kempen Calon BN Seperti Di Dakwa ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/spr-nafi-turunkan-bahan-kempen-calon-bn.html
0 Response to "SPR Nafi Turunkan Bahan Kempen Calon BN Seperti Di Dakwa !"
Catat Ulasan