Loading...
Judul : Syed Faiz Mempelawa Wakil Rakyat Bebas Sertai Parti BANGSA Untuk Sertai Perjuangan Bersama Anak Muda !
link : Syed Faiz Mempelawa Wakil Rakyat Bebas Sertai Parti BANGSA Untuk Sertai Perjuangan Bersama Anak Muda !
Syed Faiz Mempelawa Wakil Rakyat Bebas Sertai Parti BANGSA Untuk Sertai Perjuangan Bersama Anak Muda !
Presidennya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, tawaran itu dibuat selepas melihat potensi yang ada pada setiap pemimpin yang membuat keputusan dan membawa prinsip masing-masing.
Namun begitu, tawaran berkenaan hanya terbuka kepada wakil rakyat berusia 45 tahun ke bawah yang mahu meneruskan perjuangan bersama anak muda.
"BANGSA memandang serius tenaga dan idea wakil anak muda yang seolah-olah dipersiakan oleh parti yang diwakili sebelum ini sehingga mereka (wakil rakyat) bertindak keluar parti.
"Kami menyediakan platform terbaik untuk mereka memperjuangan agenda yang selari dengan misi dan visi BANGSA sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai tindakan wakil rakyat muda (merujuk dari UMNO) yang tidak lagi mahu meneruskan perjuangan bersama parti asal mereka.
Syed Faiz berkata, BANGSA akan ajukan surat kepada bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin bagi menyertai BANGSA dalam masa terdekat ini dan ia terpulang kepada beliau untuk mengambil keputusan lanjut.
"BANGSA turut melihat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang gagal merebut jawatan presiden UMNO untuk bersama-sama. Menurutnya, usaha tersebut akan diteruskan bagi membincangkan hala tuju BANGSA bersama dua pemimpin muda itu.
"Kita telah menyiapkan surat untuk dikemukakan kepada kedua-dua pemimpin ini dan antara initipatinya ialah menawarkan ruang untuk mereka berkongsi pandangan dan pengalaman mengukuhkan lagi parti BANGSA seterusnya bersama-sama memperjuangkan BANGSA sekaligus membawa suara masa depan negara.
"Sudah pasti kita mahu menjalin kerjasama bagi memantapkan usaha BANGSA memperjuangkan kepentingan anak muda ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Tambah beliau lagi, BANGSA kini sedang giat mengumpul jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan menyediakan calon-calon muda terbaik untuk diletakkan di setiap kawasan.
"Ini peluang pada anak muda mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya untuk membentuk kerajaan melalui sistem demokrasi supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata.
"Kita tahu ramai calon muda yang berkualiti masih tercari-cari platform terbaik untuk berjuang, "jadi BANGSA merupakan medium tepat untuk mengumpulkan generasi muda yang berkaliber untuk menyumbang dalam arena politik negara" akhirinya. #PDO
Demikianlah Artikel Syed Faiz Mempelawa Wakil Rakyat Bebas Sertai Parti BANGSA Untuk Sertai Perjuangan Bersama Anak Muda !
Sekianlah artikel Syed Faiz Mempelawa Wakil Rakyat Bebas Sertai Parti BANGSA Untuk Sertai Perjuangan Bersama Anak Muda ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syed Faiz Mempelawa Wakil Rakyat Bebas Sertai Parti BANGSA Untuk Sertai Perjuangan Bersama Anak Muda ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/syed-faiz-mempelawa-wakil-rakyat-bebas.html
0 Response to "Syed Faiz Mempelawa Wakil Rakyat Bebas Sertai Parti BANGSA Untuk Sertai Perjuangan Bersama Anak Muda !"
Catat Ulasan