Loading...
Judul : Tidak Perlu Tutup, Tiada penyelewengan Wang Di Pusat Tahfiz
link : Tidak Perlu Tutup, Tiada penyelewengan Wang Di Pusat Tahfiz
Tidak Perlu Tutup, Tiada penyelewengan Wang Di Pusat Tahfiz
KUANTAN - Pusat tahfiz di negara ini tidak perlu ditutup, sebaliknya harus diperkasakan dengan melakukan beberapa penambahbaikan bagi memastikannya tersusun dan selaras dengan dasar pendidikan negara.
Exco Dewan Pemuda Pas Pusat, Roslan Md Esa berkata penambahbaikan dibuat dapat memastikan sekolah tahfiz bukan sahaja kekal relevan, malah setaraf dengan pusat pengajian lain.
Menurutnya, dirinya tidak percaya dengan kenyataan berlaku penyelewengan duit di peringkat pusat tahfiz kerana pemilik tahfiz mempunyai niat untuk melahirkan insan yang bukan sahaja mempunyai ilmu dunia malah memahami ilmu al-Quran yang dapat diterapkan dalam diri mereka.
“Antara penambahbaikan boleh dibuat termasuk memantau tenaga pengajar di sekolah berkenaan selain meningkatkan infrastruktur, khususnya aspek keselamatan dan diberikan bantuan kewangan.
“Langkah terbaik adalah dengan memastikan sekolah tahfiz yang beroperasi didaftar dengan kerajaan dimana akan membolehkan kerajaan membantu sekolah berkenaan sewajarnya," katanya hari ini.
Menurutnya lagi, jika terdapat penyelewengan wang di pusat tahfiz berdaftar ia akan memudahkan audit dilakukan pihak kerajaan.
Dalam pada itu, Roslan yang juga merupakan Pengasas Rangkaian Pondok Dar AL-Abrar berharap agar Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dengan menangani sebarang kelemahan yang ada dan bukannya menutup sistem pendidikan itu.
Beliau berkata pusat tahfiz mampu menangani masalah keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda di samping pengisian dan pendedahan tentang kepentingan agama adalah amat penting dan perlu dipandang serius bagi mengimbangi kekuatan rohani serta akidah generasi mendatang.
"Saya amat terkilan apabila ada pihak yang cuba memperlekehkan peranan pusat tahfiz yang sebelum ini banyak melahirkan golongan pembawa al-Quran di negara ini, malah sebahagian besar daripada mereka sudah berjaya menjadi pendakwah di seluruh dunia.
“Tidak wajar sama sekali untuk menutup pusat tahfiz jika ia pasti rakyat akan menolak tindakan ini. Para pelajar tahfiz inilah yang bakal melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai, kewibawaan, modal insan, adil dan yang paling penting mereka tidak mengamalkan rasuah sepertimana pemimpin pemimpin di era kini,”katanya.
Tambahnya, walaupun pentadbiran kerajaan terdahulu (BN) terdapat banyak salah laku yang dilakukan namun mereka sangat mengambil kira pendidikan tahfiz sehingga terdapat banyak peruntukan dan keselamatan pusat tahfiz dinaik taraf bagi memastikan keselamatan pelajar. #sumber
Demikianlah Artikel Tidak Perlu Tutup, Tiada penyelewengan Wang Di Pusat Tahfiz
Sekianlah artikel Tidak Perlu Tutup, Tiada penyelewengan Wang Di Pusat Tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak Perlu Tutup, Tiada penyelewengan Wang Di Pusat Tahfiz dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tidak-perlu-tutup-tiada-penyelewengan.html
0 Response to "Tidak Perlu Tutup, Tiada penyelewengan Wang Di Pusat Tahfiz"
Catat Ulasan