Loading...
Judul : Tidak Umumkan Nama Speaker Lebih Awal, Tidak Jejas Sidang
link : Tidak Umumkan Nama Speaker Lebih Awal, Tidak Jejas Sidang
Tidak Umumkan Nama Speaker Lebih Awal, Tidak Jejas Sidang
IPOH: Persidangan Parlimen tidak akan terjejas berikutan pengumuman nama Speaker belum dibuat walaupun mesyuarat pertama akan bermula Isnin depan.
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata tindakan pihak yang sengaja mensasikan isu tersebut dilihat bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Persidangan (Parlimen) tidak akan terjejas. Terdapat peraturan tertentu yang harus diikuti.
“Bagi kami (Pakatan Harapan) buat kerja kami, walaupun baru 2 bulan (jadi kerajaan) tapi kami yakin boleh menjawab semua soalan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kaunter Khidmat Rakyat Kementerian Sumber Manusia di Pasar Besar Ipoh di sini, hari ini.
Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat mengulas mengenai tular menyatakan kelewatan mengumumkan nama speaker adalah menyalahi peraturan Majlis Mesyuarat Perkara 3 dan 4, iaitu nama calon perlu diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat.
Mengulas program hari ini Kulasegaran berkata ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai kerana diadakan di tempat tumpuan masyarakat termasuk pasar awam.
“Mungkin selepas ini kita akan adakan di pasar malam supaya lebih ramai boleh datang dan berkongsi masalah mereka,” katanya.
Menyentuh mengenai portal JobsMalaysia 2.0 yang dilancarkan 12 Julai lalu, Kulasegaran berkata ia bertujuan sebagai pusat sehenti yang menyediakan maklumat pasaran kerja kepada orang ramai.
Katanya berdasarkan rekod, jumlah pencari kerja aktif dalam negara adalah seramai 241,057, manakala kekosongan aktif adalah sebanyak 114,138 jawatan.#sumber
Demikianlah Artikel Tidak Umumkan Nama Speaker Lebih Awal, Tidak Jejas Sidang
Sekianlah artikel Tidak Umumkan Nama Speaker Lebih Awal, Tidak Jejas Sidang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak Umumkan Nama Speaker Lebih Awal, Tidak Jejas Sidang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tidak-umumkan-nama-speaker-lebih-awal.html

0 Response to "Tidak Umumkan Nama Speaker Lebih Awal, Tidak Jejas Sidang"
Catat Ulasan