Loading...
Judul : Tindakan Zahid Lantik Bekas AG, Satu Kesilapan Memakan Diri
link : Tindakan Zahid Lantik Bekas AG, Satu Kesilapan Memakan Diri
Tindakan Zahid Lantik Bekas AG, Satu Kesilapan Memakan Diri
KUANTAN: Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami melantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah satu keputusan yang silap dan boleh memakan diri.
Biar pun, Apandi kemudian menolak pelantikan terbabit namun ia menimbulkan seribu persoalan di kalangan rakyat marhaen teutamanya mereka yang tidak berparti (bebas).
Persoalan itu ditimbulkan oleh bekas calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) kepada PDO. Katanya, kenapa Zahid begitu tergesa-gesa menamakan Apandi sedangkan ramai lagi pemimpin UMNO sedia ada yang leboh berpotensi untuk diketengahkan.
"Bukankah Apandi adalah Peguam Negara yang menyelamatkan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kes 1MDB sebelum ini. Bahkan, ramai yang mengesyaki perlantikan beliau sebagai Peguam Negara mengganti Tan Sri Gani Patail adalah bertujuan untuk menyelamatkan Najib dari skandal tersebu," kata Shukri.
Beliau yang juga pernah bertanding atas tiket PKR pada PRU12 lalu, kini merupakan seorang aktivis bebas yang sering mengeluarkan pandangan panas terhadap semua parti politik di negara ini amnya, dan negeri Pahang khasnya.
"Tindakan Zahid ini membuktikan pelantikan Apandi adalah kerana dia ahli UMNO dan wajar mempertahankan Presiden parti itu dalam kes 1MDB. Malah, ketika dia dilantik menjadi Peguam Negara memang ramai yang mengesyaki dia akan menyebelahi Najib, kerajaan BN dan pemimpin UMNO", tambah Shukri.
"Dek kerana itulah rakyat melihat banyak kes-kes melibatkan pemimpin UMNO seperti Skandal NFC, FELDA, MARA dan banyak lagi kes yang akhirnya berpihak kepada mereka (pemimpin UMNO). Sedangkan satu dunia mengetahui kecelaruan serta kekeliruan yang berlaku dalam kes tersebut sebenarnya", dakwa beliau lagi.
Justeru katanya, walau pun Apandi menolak jawatan itu namun kini rakyat melihat benarlah beliau adalah penyelamat Najib dalam kes 1MDB. Malah, tindakan Apandi mendakwa tiada kesalahan yang melibatkan Najib dalam kes itu mengundang kemarahan semua pihak. Sedangkan satu dunia sudah dihebohkan tentang penyelewangan dalam skandal 1MDB itu sebenarnya. #PDO
Demikianlah Artikel Tindakan Zahid Lantik Bekas AG, Satu Kesilapan Memakan Diri
Sekianlah artikel Tindakan Zahid Lantik Bekas AG, Satu Kesilapan Memakan Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tindakan Zahid Lantik Bekas AG, Satu Kesilapan Memakan Diri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tindakan-zahid-lantik-bekas-ag-satu.html
0 Response to "Tindakan Zahid Lantik Bekas AG, Satu Kesilapan Memakan Diri"
Catat Ulasan