Loading...

Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi !

Loading...
Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi !
link : Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi !

Baca juga


Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi !


SERI ISKANDAR: Seorang tukang kebun sekolah ditahan di Tanjung Belanja, Parit dekat sini semalam selepas dipercayai mengintai seorang wanita yang juga jirannya ketika sedang mandi.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir sebuah sekolah menyedari perbuatan tukang kebun berkenaan pada jam 6.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata sebaik menyedari diri diintai, mangsa terus membuka tingkap bilik airnya dan nampak dengan jelas muka lelaki yang mengintainya.

"Mangsa terus menjerit dan suaminya yang berada di dapur terus buka pintu belakang rumah dan turut melihat lelaki berkenaan tergesa-gesa mahu buka pintu belakang rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, suami mangsa kemudian memarahi lelaki terbabit namun suspek nafi mengintai dan mangsa membuat laporan polis.

"Hasil siasatan awal polis, mangsa mendakwa sudah lama mengesyaki suspek mengintai tetapi tiada bukti dan pada kali ini mangsa nampak jelas muka lelaki terbabit yang berjiran dengannya.

"(Siasatan di Lokasi kejadian mendapati bahagian dapur rumah mangsa bertentang dengan bahagian dapur rumah mentua suspek yang sudah didiami hampir 19 tahun," katanya.

Mohamad Zainal berkata, pemeriksaan polis turut menemui kesan umpil pada besi aluminium tingkap bilik air mangsa dan susulan kejadian itu suspek ditahan di hadapan rumahnya jam 10.15 pagi semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana perbuatan mengaibkan. 

"Ujian air kencing terhadap suspek juga sudah dijalankan dan hasilnya didapati positif syabu selain semakan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi !

Sekianlah artikel Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tukang-kebun-sekolah-di-tahan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tukang Kebun Sekolah Di Tahan Polis Gara-Gara Intai Jiran Mandi !"

Catat Ulasan

Loading...