Loading...

Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu"

Loading...
Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu" - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu"
link : Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu"

Baca juga


Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu"


KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menggunakan nama dan slogan BERSATU mulai hari ini, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi bersetuju untuk menggunakan 'BERSATU' yang sebelum ini tidak boleh digunakan kerana terdapat halangan dan bantahan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"PPBM akan guna nama dan slogan BERSATU kerana dulu tidak boleh sebab ada bantahan pihak berkuasa..tapi sekarang kuasa pada kita dan kita buat perubahan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi parti di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor hari ini.

ROS pada tahun lepas telah mengeluarkan perintah pembubaran sementara parti berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada PPBM.

Melalui perintah itu, PPBM tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenarkan melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.

ROS mengeluarkan notis supaya parti itu menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan, termasuk minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat.

ROS juga mahu meneliti penyata kewangan parti bagi melengkapkan siasatan berikutan aduan yang dikemukakan oleh anggota parti terbabit.

PPBM pada tahun ini dilapor telah menyerahkan maklumat serta dokumen yang diminta ROS.

Dalam sidang media ringkas itu juga, Dr Mahathir yang juga perdana menteri berkata kepimpinan parti telah mengambil tindakan tatatertib termasuk menggantung keanggotaan beberapa anggota parti yang didapati telah mensabotaj dan merosakkan imej parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

"Kita tidak akan dedahkan siapa dan jumlah yang diambil tindakan. Antara mereka pernah membuat sidang akhbar memburukkan keadaan dalam parti. Ada juga yang digantung , tidak dibuang terus," tambahnya. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu"

Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu" dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tun-dr-mahathir-ppbm-akan-guna-nama-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Dr Mahathir: PPBM Akan Guna Nama Dan Sogan "Bersatu""

Catat Ulasan

Loading...