Loading...
Judul : UMNO Beri Seminggu, Untuk Mas Ermieyati Tarik Balik Keputusan !
link : UMNO Beri Seminggu, Untuk Mas Ermieyati Tarik Balik Keputusan !
UMNO Beri Seminggu, Untuk Mas Ermieyati Tarik Balik Keputusan !
MASJID TANAH: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati diberi tempoh hingga Isnin ini untuk menarik balik keputusannya meninggalkan UMNO dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid, berkata tempoh seminggu yang diberikan kepimpinan UMNO bahagian itu dilihat memadai untuk bekas Ketua Puteri UMNO terbabit berfikir panjang kesan serta akibat daripada tindakan mengejut yang dibuat sekiranya masih berkeras untuk meninggalkan perjuangan parti berkenaan.
"Dalam kekecewaan disuarakan oleh anggota akar umbi UMNO melalui mesyuarat tertutup pada malam Isnin lalu, semua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di 64 cawangan di Masjid Tanah tetap bersetuju untuk memberikan tempoh seminggu kepada Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati untuk menarik balik keputusannya.
"Harapan kami supaya beliau kekal bersama UMNO, malah akan tetap mewakili suara UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika Parlimen bersidang kelak," katanya ketika ditemui NSTP, di sini, hari ini.
Kelmarin, lebih 200 ahli jawatankuasa UMNO daripada 64 cawangan UMNO Bahagian Masjid Tanah menandatangani memorandum mendesak Mas Ermieyati supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah, berkuat kuasa serta-merta.
Kemarahan suara di semua peringkat akar umbi termasuk jentera parti itu diterjemahkan dalam mesyuarat tertutup yang dipengerusikan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh susulan kenyataan dibuat Mas Ermieyati untuk keluar UMNO, sekali gus menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuatkuasa 1 Julai lalu.
Sementara itu, tinjauan NSTP di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Masjid Tanah, mendapati ia tidak beroperasi serta berkunci.
Tinjauan di kediaman keluarga Mas Ermieyati di Kampung Paya Lebar, turut tidak berpenghuni.
Mengulas kenyataan Mas Ermieyati yang seolah-olah kecewa apabila mendakwa UMNO gagal mengetengahkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu yang berwibawa, Abdul Hakim berkata, pemimpin muda itu sepatutnya menyuarakan rasa tidak puas hati dalam gelanggang parti.
"UMNO Bahagian Masjid Tanah ibarat sebuah keluarga sebagaimana yang kami semua mendokong serta bekerja keras membantu beliau sebagai calon atas tiket UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya.
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Mohd Khairul Musa, berkata Mas Ermieyati seharusnya boleh menilai yang kedudukan beliau sekarang ini dinikmati atas kapasiti parti.
"Malah, semua peringkat sayap juga bertungkus lumus membantu kemenangan beliau dalam PRU-14 lalu. Ia terbukti apabila BN berjaya menang di Parlimen serta menyapu bersih lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Masjid Tanah," katanya.
Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang keluar parti komponen perlu melepaskan kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. #sumber
Demikianlah Artikel UMNO Beri Seminggu, Untuk Mas Ermieyati Tarik Balik Keputusan !
Sekianlah artikel UMNO Beri Seminggu, Untuk Mas Ermieyati Tarik Balik Keputusan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Beri Seminggu, Untuk Mas Ermieyati Tarik Balik Keputusan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/umno-beri-seminggu-untuk-mas-ermieyati.html
0 Response to "UMNO Beri Seminggu, Untuk Mas Ermieyati Tarik Balik Keputusan !"
Catat Ulasan