Loading...

Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan !

Loading...
Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan !
link : Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan !

Baca juga


Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan !


SANDAKAN - Kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang menyusahkan kebebasan rakyat untuk bersuara, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau ia sejajar dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan rakyat kebebasan bersuara dalam Malaysia Baharu.

"Rakyat punyai hak untuk bersuara dan menegur kerajaan serta pemimpin tetapi tidak boleh membuat fitnah jika tiada bukti dan asas," katanya pada Majlis Kesyukuran dan Perasmian Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi di sini, hari ini.

Tanpa menyatakan akta tersebut, Liew yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi berkata pemimpin dan kerajaan di bawah PH bersikap terbuka menerima teguran rakyat tanpa menyentuh soal peribadi pemimpin.

Dua akta yang telah dinyatakan oleh kerajaan akan dimansuhkan adalah Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Liew menafikan dakwaan perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di negara ini akan dihentikan yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.

Katanya ini satu lagi dakwaan berunsur fitnah kerana beliau selaku menteri yang bertanggungjawab portfolio berkaitan undang-undang, belum membuat perbahasan di Parlimen.

Liew diminta mengulas dakwaan Azalina itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Khamis lepas. #sumber


Demikianlah Artikel Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan !

Sekianlah artikel Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/undang-undang-halang-rakyat-bersuara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara Akan Di Mansuhkan !"

Catat Ulasan

Loading...