Loading...

Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden

Loading...
Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden
link : Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden

Baca juga


Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden


KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini mengesahkan tidak akan bertanding jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicalonkan bagi jawatan tertinggi itu pada pemilihan parti, bulan depan.

"Tidak," katanya ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mempertahankan jawatan disandang jika Anwar yang juga Ketua Umum PKR bertanding kali ini.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menafikan wujud perebutan jawatan Presiden parti berkenaan antara beliau dengan Anwar.

"Belum ada keputusan sama ada saya akan bertanding atau tidak (jawatan Presiden). Terpulang kepada kepemimpinan tertinggi untuk putuskan, perlu bincang.

"Suami (Anwar) adalah Ketua Umum PKR. Beliau lebih 'kanan' berbanding Presiden," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, di sini, hari ini.

Sebelum ini, NSTP melaporkan PKR dilanda dilema menjelang pemilihan bulan depan apabila wujud dua kumpulan yang menyokong pencalonan ke jawatan Presiden.

Satu pihak mahu Dr Wan Azizah dikekalkan, manakala satu lagi hendak beliau berundur dan memberi laluan kepada Anwar sebagai persediaan menggantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dipetik sebagai berkata pihak yang mahu Dr Wan Azizah kekal adalah berdasarkan rekodnya memimpin selama 20 tahun sehingga parti berjaya memperoleh 50 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14, iaitu terbesar dalam Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, Perlembagaan PKR membenarkan Dr Wan Azizah bertanding jawatan Presiden untuk sepenggal lagi.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, menafikan wujud dua kem yang masing-masing memihak beliau dan Anwar.

"Tiada lagi kem. Saya menafikan sekeras-kerasnya ada kem Azizah dan kem Anwar. Kita satu pasukan," katanya.

Ketika ditanya laporan media yang memetik Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin sebagai mahu Anwar bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti itu nanti, Dr Wan Azizah berkata, PKR mengamalkan demokrasi dan ahli boleh mencalonkan sesiapa sahaja pilihan mereka. #sumber


Demikianlah Artikel Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden

Sekianlah artikel Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/wan-azizah-tak-tanding-jika-anwar-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Azizah Tak Tanding Jika Anwar Di Calon Jawatan Presiden"

Catat Ulasan

Loading...