Loading...

Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan !

Loading...
Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan !
link : Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan !

Baca juga


Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan !


KUALA LUMPUR - Keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini sepakat supaya 70 peratus wang sumbangan orang ramai diagihkan kepada waris mangsa yang terkorban dan cedera, manakala baki 30 peratus lagi kepada pusat tahfiz berkenaan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Tahfiz Malaysia (Pertama), Zamzuri Zakaria yang turut kehilangan anaknya, Muhammad Aidil Aqmal,10, dalam tragedi itu berkata, jumlah agihan tersebut merupakan janji pertama yang dibuat oleh pengetua pusat tahfiz tersebut, Mohd. Zahid Mahmood susulan kejadian.  

"Mesyuarat pada hari ini diadakan bagi mendapatkan persetujuan berhubung kaedah pembahagian wang sumbangan itu dan kata putus hari ini akan dibawa ke perbincangan antara waris dan pihak pengurusan pusat tahfiz sebelum diuruskan oleh pihak peguam," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini hari ini.

Kebakaran yang berlaku pada 14 September tahun lalu itu mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan.

Dua remaja lelaki berumur 16 tahun ketika kejadian didakwa atas pertuduhan membunuh dan menyebabkan kematian mereka.

Dalam pada itu, Setiausaha Pertama, Hartini Abd. Gani berkata, mesyuarat hari ini adalah susulan perintah injunksi interim yang dikeluarkan mahkamah pada 6 Julai lepas yang tidak membenarkan sebarang transaksi dibuat terhadap akaun sumbangan sehingga 30 Julai nanti.

"Ia bagi membuka ruang perbincangan antara waris dan pihak pengurusan pusat tahfiz mengenai kaedah pembahagian wang derma. Kami mahu urusan ini diselesaikan secara baik dan tidak mahu lagi timbul sebarang isu mengenai wang sumbangan ini," katanya.

Hartini yang kehilangan anaknya, Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan turut melahirkan rasa kesal atas tindakan beberapa pihak yang mendakwa waris tamakkan wang sumbangan dan beliau menyifatkan tuduhan itu telah menjejaskan emosi keluarga terlibat.

Mohd. Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, beliau dimaklumkan proses pengauditan wang sumbangan kepada waris mangsa yang meninggal dan cedera dalam kejadian itu telah selesai dan akan diagihkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Beliau bagaimanapun memberitahu tidak mengetahui jumlah sebenar sumbangan yang dikutip, namun menganggarkan ia melebihi RM7.6 juta. #sumber


Demikianlah Artikel Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan !

Sekianlah artikel Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/waris-mangsa-pusat-tahfiz-tentang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Waris Mangsa Pusat Tahfiz Tentang Pembahagian Sumbangan !"

Catat Ulasan

Loading...