Loading...
Judul : Zakir Naik: Kerajaan Tidak Akan Tunduk Mana-Mana Desakan !
link : Zakir Naik: Kerajaan Tidak Akan Tunduk Mana-Mana Desakan !
Zakir Naik: Kerajaan Tidak Akan Tunduk Mana-Mana Desakan !
PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan tunduk terhadap mana-mana desakan berhubung isu pendakwah bebas Dr Zakir Naik.
Sebaliknya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelbagai faktor akan dipertimbang sebelum membuat keputusan mengenai pendakwah berkenaan.
Dr Mahathir berkata, pertimbangan sewajarnya perlu dilakukan termasuk berkaitan undang-undang bagi mengelakkan mana-mana pihak menjadi mangsa.
“Kita tidak perlu terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respons kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya iaitu di India.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P. Ramasamy memberi cadangan supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.
Beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India tetapi ada juga beberapa cadangan pula supaya Zakir tidak dihantar pulang.
Pendakwah kontroversi itu juga ada membuat pertemuan dengan perdana menteri dan dilaporkan beliau dibenarkan tinggal di negara ini. #sumber
Demikianlah Artikel Zakir Naik: Kerajaan Tidak Akan Tunduk Mana-Mana Desakan !
Sekianlah artikel Zakir Naik: Kerajaan Tidak Akan Tunduk Mana-Mana Desakan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zakir Naik: Kerajaan Tidak Akan Tunduk Mana-Mana Desakan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/zakir-naik-kerajaan-tidak-akan-tunduk.html
0 Response to "Zakir Naik: Kerajaan Tidak Akan Tunduk Mana-Mana Desakan !"
Catat Ulasan