Loading...
Judul : Zakir Naik Tidak Akan Di Usir Selagi Tidak Timbulkan Masalah
link : Zakir Naik Tidak Akan Di Usir Selagi Tidak Timbulkan Masalah
Zakir Naik Tidak Akan Di Usir Selagi Tidak Timbulkan Masalah
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr. Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulkan masalah.
Ini kerana katanya, Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.
"Selagi beliau tidak menimbulkan masalah kita tidak akan hantar dia balik kerana beliau telah diberikan status pemastautin tetap," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada pendakwah bebas itu akan dihantar pulang ke India atau kekal di Malaysia.
Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India.
Terdahulu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. #sumber
Demikianlah Artikel Zakir Naik Tidak Akan Di Usir Selagi Tidak Timbulkan Masalah
Sekianlah artikel Zakir Naik Tidak Akan Di Usir Selagi Tidak Timbulkan Masalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zakir Naik Tidak Akan Di Usir Selagi Tidak Timbulkan Masalah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/zakir-naik-tidak-akan-di-usir-selagi.html
0 Response to "Zakir Naik Tidak Akan Di Usir Selagi Tidak Timbulkan Masalah"
Catat Ulasan