Loading...
Judul : 10,000 Pengunjung Meriahkan Hari Kebangsaan Di Kuantan !
link : 10,000 Pengunjung Meriahkan Hari Kebangsaan Di Kuantan !
10,000 Pengunjung Meriahkan Hari Kebangsaan Di Kuantan !
KUANTAN - Kira-kira 10,000 pengunjung dari seluruh negeri ini membanjiri sekitar Jalan Mahkota di sini bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri Pahang hari ini.
Program membabitkan seramai 4,313 peserta daripada 86 kontijen itu merangkumi 68 kontijen berjalan kaki dan 18 kontijen berkenderaan.
Seawal pukul 7 pagi orang awam dilihat mula membanjiri lokasi perbarisan bagi menantikan perarakan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta badan korporat.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. #sumber
Demikianlah Artikel 10,000 Pengunjung Meriahkan Hari Kebangsaan Di Kuantan !
Sekianlah artikel 10,000 Pengunjung Meriahkan Hari Kebangsaan Di Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 10,000 Pengunjung Meriahkan Hari Kebangsaan Di Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/10000-pengunjung-meriahkan-hari.html
0 Response to "10,000 Pengunjung Meriahkan Hari Kebangsaan Di Kuantan !"
Catat Ulasan