Loading...

Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol

Loading...
Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol
link : Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol

Baca juga


Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol


KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju menangguhkan cadangan menghapuskan tol sehingga keadaan ekonomi stabil.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata penangguhan itu dipersetujui selepas kerajaan menimbangkan kesan pemansuhan terhadap kedudukan kewangan negara.

Katanya, pemansuhan tol di negara ini akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM400 bilion kepada syarikat konsesi tol.

"Berdasarkan kedudukan kewangan semasa, kerajaan berpandangan lebih baik ditangguhkan sehingga kedudukan ekonomi benar-benar stabil dan keadaan mengizinkan," katanya menjawab soalan asal Datuk Jalaluddin Alias (BN- Jelebu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Jalaluddin bertanya mengenai senarai terkini tol yang akan dimansuhkan bagi membantu meringankan beban rakyat dan jangkaan pemansuhan dilaksanakan.

Baru berkata, selepas mengambil kira pelbagai faktor dan implikasi terhadap kewangan negara, kerajaan mengakui pemansuhan tol bukan mudah dilaksanakan ketika ini.

"Bagi mengurangkan bebanan kos rakyat, Majlis Kos Sara Hidup meneliti beberapa langkah yang lebih praktikal dan bermanfaat kepada rakyat," katanya.

Menjawab soalan tambahan Jalaluddin mengenai langkah diambil sebelum membuat penangguhan tol itu memandangkan janji 100 hari hampir berakhir, Baru berkata, pemansuhan tol tidak termasuk dalam janji 100 hari.

"Kita menangguhkan pemansuhan tol kerana kita kerajaan bertanggungjawab dan praktikal serta bertindak adil kepada semua pihak.

"Ketika kita buat manifesto, kita meneliti keadaan waktu itu tanpa mengetahui kedudukan kewangan sebenar negara.

"Selepas mengambil alih kerajaan, baru kita tahu status sebenar dan sebab itu kita tangguhkan dulu," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol

Sekianlah artikel Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/baru-bian-kerajaan-bersetuju.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Baru Bian: Kerajaan Bersetuju Menangguhkan Pemansuhan Tol"

Catat Ulasan

Loading...