Loading...
Judul : Cadangan Rombak Persatuan Belia Elak Campur Tangan Politik
link : Cadangan Rombak Persatuan Belia Elak Campur Tangan Politik
Cadangan Rombak Persatuan Belia Elak Campur Tangan Politik
KUALA LUMPUR: Cadangan rombakan persatuan belia secara menyeluruh bertujuan memastikan persatuan belia tidak lagi diterajui individu daripada mana-mana parti politik, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman.
Syed Saddiq dalam satu kenyataan hari ini berkata kementerian itu akan mengeluarkan pelan lengkap bagi merombak semula persatuan belia.
“Antara aspek yang akan ditekankan dalam pelan itu ialah belia bebas bersuara dan mengkritik mana-mana pihak dan tidak mempunyai ahli jawatankuasa tertinggi yang memegang jawatan dalam parti politik.
Persatuan juga perlu diterajui belia seperti mana yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia. Langkah-langkah penggubalan undang-undang sedang dilakukan agar pendefinisian semula had umur belia daripada 40 tahun ke 30 tahun dapat dikuatkuasakan,” katanya.
Syed Saddiq berkata cadangan beliau untuk proses neutralisasi persatuan belia sebelum ini turut dipertikaikan pelbagai pihak.
Beliau mendakwa pertikaian ini wujud kerana masih terdapat banyak persatuan belia utama yang diterajui oleh kepimpinan muda UMNO, yang bukan sahaja menggunakan platform persatuan untuk mempromosikan parti tetapi menggunakan persatuan sebagai jentera dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Cadangan Rombak Persatuan Belia Elak Campur Tangan Politik
Sekianlah artikel Cadangan Rombak Persatuan Belia Elak Campur Tangan Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cadangan Rombak Persatuan Belia Elak Campur Tangan Politik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/cadangan-rombak-persatuan-belia-elak.html
0 Response to "Cadangan Rombak Persatuan Belia Elak Campur Tangan Politik"
Catat Ulasan