Loading...
Judul : Dua Beradik Maut, Kereta Di Pandu Bapa Rempuh Tiang Lampu
link : Dua Beradik Maut, Kereta Di Pandu Bapa Rempuh Tiang Lampu
Dua Beradik Maut, Kereta Di Pandu Bapa Rempuh Tiang Lampu
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata Nur Nailah Al Farafisha Mohd Helmiardi, 2 tahun 11 bulan dan adiknya Nur Afrina Safiya, 11 bulan, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, awal pagi ini.
Ibu bapa mereka, Mohd Helmiardi Nosaha, 29, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Nor Yumni Yahya, 24, yang cedera juga dirawat di hospital sama, katanya.
"Kejadian pada pukul 11.30 malam semalam, dipercayai berlaku selepas Mohd Helmiardi gagal mengawal kenderaan semasa melalui jalan berlopak dan basah akibat hujan.
"Kemalangan menyebabkan dua kanak-kanak itu tercampak keluar daripada kenderaan dan mereka mengalami pendarahan dalaman di kepala dan dada," katanya kepada pemberita semasa dihubungi di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata semasa kejadian, Nur Afrina Safiya dipangku ibunya yang duduk di bahagian penumpang hadapan, manakala Nur Nailah Al Farafisha duduk di bahagian belakang.
Katanya, kemalangan juga menyebabkan Mohd Helmiardi cedera di bahagian dada manakala Nor Yumni yang merupakan kerani di Kuantan Port Consortium patah kedua-dua kaki.
Beliau menambah jenazah dua beradik itu sudah dituntut oleh anggota keluarga yang tidak mahu bedah siasat dilakukan. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Beradik Maut, Kereta Di Pandu Bapa Rempuh Tiang Lampu
Sekianlah artikel Dua Beradik Maut, Kereta Di Pandu Bapa Rempuh Tiang Lampu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Beradik Maut, Kereta Di Pandu Bapa Rempuh Tiang Lampu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/dua-beradik-maut-kereta-di-pandu-bapa.html
0 Response to "Dua Beradik Maut, Kereta Di Pandu Bapa Rempuh Tiang Lampu"
Catat Ulasan