Loading...
Judul : Gempa Bumi: PEKA Akan Hantar Misi Kemanusiaan Ke Lombok
link : Gempa Bumi: PEKA Akan Hantar Misi Kemanusiaan Ke Lombok
Gempa Bumi: PEKA Akan Hantar Misi Kemanusiaan Ke Lombok
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda Pulau Lombok pagi semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa setakat ini.
Seramai 162 orang turut tercedera dalam kejadian yang memusnahkan ribuan rumah penduduk setempat.
Sekumpulan rakyat Malaysia antara mangsa yang terkandas di Senggigi, Lombok Utara susulan gempa bumi tersebut.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA), Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata, PEKA telah menghubungi sukarelawan untuk menghantar bantuan kepada rakyat Indonesia yang terjejas dalam insiden terbabit.
“Kita sedang berusaha untuk membantu mangsa termasuk rakyat malaysia yang berada di sana. katanya ketika ditemui hari ini.
Katanya lagi, bantuan kemanusiaan ini bertujuan memberi sokongan moral, barangan dan kewangan bagi meringankan beban mangsa.
"Barangan yang dihantar adalah makanan seperti beras, biskut, gula, air minuman dan barangan dapur seperti bawang dan sebagainya. Manakala yang lain lagi merupakan selimut, ubat-ubatan, lampin pakai buang, tuala wanita dan barangan kebersihan.
Menurut beliau, penghantaran barangan kepusat-pusat pemindahan disetiap kawasan bencana.
"Sebelum kami membuat penghantaran ke sesuatu lokasi, kami akan semak dengan wakil kami di sana untuk mendapatkan senarai barangan keperluan yang mendesak.
"Sebab kami tidak mahu menghantar barangan yang mereka telah ada. Berdasarkan senarai yang ada kita akan buat pengasingan di sini untuk dimuatkan ke dalam kenderaan, "PEKA akan agihkan kepada mangsa yang terkandas, katanya.
"Kami juga menyeru umat islam mengadakan solat hajat meminta semoga keadaan segera pulih dan penduduk Lombok terpelihara daripada dugaan lebih berat.
"Saya harap semuanya selamat. Dan mudah-mudahan sukarelawan kami juga selamat pulang tak lama lagi. #PDO
Demikianlah Artikel Gempa Bumi: PEKA Akan Hantar Misi Kemanusiaan Ke Lombok
Sekianlah artikel Gempa Bumi: PEKA Akan Hantar Misi Kemanusiaan Ke Lombok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gempa Bumi: PEKA Akan Hantar Misi Kemanusiaan Ke Lombok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/gempa-bumi-peka-akan-hantar-misi.html
0 Response to "Gempa Bumi: PEKA Akan Hantar Misi Kemanusiaan Ke Lombok"
Catat Ulasan