Loading...

Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara

Loading...
Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara
link : Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara

Baca juga


Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara


BEKASI, Indonesia - Impian skuad bawah 23 (B-23) negara untuk mencipta kejutan ke atas pasukan gergasi Asia, Jepun dalam aksi pusingan kedua temasya Sukan Asia 2018 tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 di Stadium Patriot Candrabhaga sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad negara terlebih dahulu mengancam pasukan lawan dengan meraih peluang seawal minit ke-11 tetapi percubaan Safawi Rasid sedikit melepasi palang gol.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu terus mengasak dengan meraih peluang kedua hasil rembatan kapten pasukan negara, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Jepun, Kojima Ryosuke.

Serangan terbaik Jepun hadir pada minit ke-34 hasil tendangan penyerang, Reo Hatate namun kecekapan penjaga gol negara, Haziq Nadzli berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Tempo permainan pada babak kedua dikuasai oleh skuad negara yang melakukan lebih banyak asakan ke kubu Samurai Biru itu.

Peluang terbaik diperoleh menerui Safawi yang mempunyai peluang berganda dalam tempoh dua minit namun rembatannya sekadar menggegar palang Jepun.

Malang terus menimpa skuad muda Harimau Malaya apabila pengadil dari Iran, Heidari Bijan menghadiahkan sepakan penalti kepada Jepun pada minit ke-89 selepas kekasaran yang dilakukan oleh Dominic Tan ke atas Ayase Ueda.

Ueda kemudian tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus memastikan pasukannya mara ke peringkat suku akhir.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan sasaran untuk skuad negara melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pentas suku akhir pada temasya sukan kedua terbesar dunia ini. #sumber


Demikianlah Artikel Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara

Sekianlah artikel Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/gergasi-bolasepak-asia-jepun-sekat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara"

Catat Ulasan

Loading...