Loading...
Judul : Jamil: Kerjasama UMNO-PAS Demi Perpaduan Orang Melayu !
link : Jamil: Kerjasama UMNO-PAS Demi Perpaduan Orang Melayu !
Jamil: Kerjasama UMNO-PAS Demi Perpaduan Orang Melayu !
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jika kerjasama itu direalisasikan, ia mampu menjadi contoh yang boleh diterapkan di seluruh negara.
"Saya sebutkan (kerjasama) ini sebagai titik permulaan dan cetusan yang kita tidak pernah terfikir akan berlaku dalam PRK Sungai Kandis dan jika disuburkan dengan baik, ia akan memberi faedah kepada perpaduan orang Melayu dan Islam pada PRU-15.
"Saya mengharapkan dalam tempoh ini, akar umbi PAS yang sedang memerhatikan kerjasama ini dapat diberikan penjelasan sebaiknya berhubung realiti negara kita hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Penerangan Isu Semasa sempena PRK Sungai Kandis di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pandan di sini, malam ini.
Dalam pada itu, Jamil Khir mengharapkan jika calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam diberikan mandat, ia akan memberi mesej jelas kepada kerajaan bahawa rakyat tertekan dengan manifesto dan janji yang tidak ditunaikan.
"Rakyat harus bangun untuk membawa satu mesej penting bertujuan menyampaikan kepada kerajaan hari ini bahawa janji yang diungkapkan terutama membabitkan harga barang yang menjadi denyut nadi rakyat harus jadi keutamaan dan ditunaikan.
"Kita mahu supaya kekalutan (disebabkan kerajaan) yang sedang berlaku sehingga tiada orang berani menegur, akan ada suara yang berani untuk menegur kerajaan dan Sungai Kandis akan menjadi tapak untuk kita menghantar suara rakyat," katanya #sumber
Demikianlah Artikel Jamil: Kerjasama UMNO-PAS Demi Perpaduan Orang Melayu !
Sekianlah artikel Jamil: Kerjasama UMNO-PAS Demi Perpaduan Orang Melayu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamil: Kerjasama UMNO-PAS Demi Perpaduan Orang Melayu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/jamil-kerjasama-umno-pas-demi-perpaduan.html

0 Response to "Jamil: Kerjasama UMNO-PAS Demi Perpaduan Orang Melayu !"
Catat Ulasan