Loading...
Judul : Jkuasa Pemilihan PKR Tentukan Tindakan Ke AtAas ‘Kem Rafizi’
link : Jkuasa Pemilihan PKR Tentukan Tindakan Ke AtAas ‘Kem Rafizi’
Jkuasa Pemilihan PKR Tentukan Tindakan Ke AtAas ‘Kem Rafizi’
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menentukan keputusan berhubung tindakan yang wajar diambil terhadap “kem Rafizi”, kata Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.
Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR itu berkata, mereka akan menunggu laporan daripada JPP sekiranya terdapat isu disiplin yang perlu dimajukan.
“Kita akan bertindak mengikut prosedur. Saya nak cakap apa-apa pun sekarang tak boleh,” katanya kepada FMT semalam.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam komplot menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8 seperti dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum Mei lepas.
Dr Mahathir kemudiannya mencabar Abdullah yang menuduh beliau dan Daim berusaha menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri supaya mengemukakan bukti.
Selain itu, Azmin turut menyerahkan kepada lembaga disiplin PKR dan kepimpinan PH untuk melihat tindakan yang wajar diambil terhadap “kem Rafizi”.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata JPP akan membuat keputusan berhubung perkara itu kerana ia berlaku semasa pemilihan parti.
Selain itu katanya, di bawah JPP terdapat jawatankuasa bantahan dan disiplin yang akan melihat isu itu dengan cermat.
“Mereka akan melihat kalau ada laporan yang dikemukakan kepada jawatankuasa tersebut. Buat masa ini (isu babitkan kem Rafizi) tidak ada kaitan dengan lembaga disiplin,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Jkuasa Pemilihan PKR Tentukan Tindakan Ke AtAas ‘Kem Rafizi’
Sekianlah artikel Jkuasa Pemilihan PKR Tentukan Tindakan Ke AtAas ‘Kem Rafizi’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jkuasa Pemilihan PKR Tentukan Tindakan Ke AtAas ‘Kem Rafizi’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/jkuasa-pemilihan-pkr-tentukan-tindakan.html

0 Response to "Jkuasa Pemilihan PKR Tentukan Tindakan Ke AtAas ‘Kem Rafizi’"
Catat Ulasan