Loading...
Judul : Kawalan Pencemaran Terminal Laut Dalam Perlu Di Wujudkan !
link : Kawalan Pencemaran Terminal Laut Dalam Perlu Di Wujudkan !
Kawalan Pencemaran Terminal Laut Dalam Perlu Di Wujudkan !
KUANTAN- Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) menggesa kementerian berkaitan dan kerajaan negeri mengambil langkah segera terhadap kawalan pencemaran di Terminal Laut Dalam, Pelabuhan Kuantan di sini.
Pengerusinya, Ali Akbar Othman berkata, langkah itu bagi memastikan kejadian pencemaran akibat aktiviti mengendalikan bauksit yang berlaku dua tahun lalu tidak berulang.
Menurutnya, pembukaan Terminal Laut Dalam yang dinaik taraf itu diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan Konsortium Pelabuhan Kuantan (KPC) kepada pelanggannya.
"Namun kami juga berharap segala langkah kawalan pencemaran segera diwujudkan bagi mengelak sebarang tumpahan atau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
"Geram amat berharap pihak berkaitan memandang serius perkara ini dalam proses perbincangan lanjut berhubung operasi industri bauksit selepas ini," katanya.
Beliau berkata, pihak KPC dan semua pengendali yang beroperasi di kawasan Pelabuhan Kuantan mesti mematuhi piawaian yang ditetapkan serta prosedur dalaman dengan mengambil kira semua aspek keselamatan dan alam sekitar. #sumber
Demikianlah Artikel Kawalan Pencemaran Terminal Laut Dalam Perlu Di Wujudkan !
Sekianlah artikel Kawalan Pencemaran Terminal Laut Dalam Perlu Di Wujudkan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kawalan Pencemaran Terminal Laut Dalam Perlu Di Wujudkan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kawalan-pencemaran-terminal-laut-dalam.html

0 Response to "Kawalan Pencemaran Terminal Laut Dalam Perlu Di Wujudkan !"
Catat Ulasan