Loading...
Judul : Kemarau: Gangguan Bekalan Air Kuantan Mungkin Berlanjutan !
link : Kemarau: Gangguan Bekalan Air Kuantan Mungkin Berlanjutan !
Kemarau: Gangguan Bekalan Air Kuantan Mungkin Berlanjutan !
Pengurus Kanan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Kuantan Abdul Aziz Mohamed Noh berkata kemarau menyebabkan paras air di empangan terjejas termasuk di Empangan Chereh yang merupakan antara sumber air utama di sini.
"Paras terkini Empangan Chereh adalah pada 54 meter dan boleh menurun sehingga 40 meter jika musim kemarau ini berterusan dan kita perlu bersedia jika keadaan ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di Sungai Kenau di sini hari ini, yang turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung dan ADUN Teruntum Sim Chon Siang.
Berhubung masalah air payau yang dialami penduduk sekitar daerah ini, Abdul Aziz berkata perkara itu berpunca daripada benteng Empangan Kobat di sini yang bocor akibat banjir awal tahun lalu.
"Keadaan itu menyebabkan air laut masuk ke dalam empangan mengakibatkan air yang dibekalkan kepada pengguna berasa payau. Pihak PAIP telah membuat permohonan kepada pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Abdul Aziz juga menasihati penduduk daerah ini agar berjimat menggunakan air selain menyimpan bekalan secukupnya di rumah sebagai persediaan jika bekalan terputus.
Katanya setakat ini PAIP telah menggerakkan lori tangki dan meletakkan tangki statik di beberapa lokasi, dengan keutamaan diberikan kepada mereka lebih memerlukan seperti sekolah, rumah anak yatim dan warga emas.
Sementara itu, Lee berharap kerajaan negeri dapat segera menyelesaikan masalah air selain mencari penyelesaian jangka panjang agar masalah tersebut dapat diminimumkan pada masa akan datang.
"Saya banyak menerima aduan daripada orang ramai yang menghadapi kesukaran akibat ketiadaan air, terutamanya golongan peniaga. Ada yang terpaksa menutup premis perniagaan selama seminggu kerana masalah air," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kemarau: Gangguan Bekalan Air Kuantan Mungkin Berlanjutan !
Sekianlah artikel Kemarau: Gangguan Bekalan Air Kuantan Mungkin Berlanjutan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kemarau: Gangguan Bekalan Air Kuantan Mungkin Berlanjutan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kemarau-gangguan-bekalan-air-kuantan.html
0 Response to "Kemarau: Gangguan Bekalan Air Kuantan Mungkin Berlanjutan !"
Catat Ulasan