Loading...

Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan

Loading...
Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan
link : Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan

Baca juga


Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan elaun sara hidup nelayan, kata Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, selain elaun berkenaan, insentif seperti subsidi diesel yang diberikan kepada golongan itu sejak 2008 juga akan diteruskan.

"Saya mahu YB (Tangga Batu) dengar kenyataan dari kementerian saya sahaja, jangan dengar cakap-cakap pihak lain, jaminan yang diberikan oleh kerajaan ialah tidak sekali-kali sebarang elaun dihentikan dan insentif yang termaktub sejak 2008 akan dipastikan diterima golongan nelayan," katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu menteri menyatakan adakah benar ada cadangan kerajaan akan menghentikan insentif kepada nelayan termasuk elaun, subsidi diesel dan insentif 10 sen hingga 20 sen bagi setiap hasil tangkapan oleh nelayan.

Sebelum ini, pada Jun lepas, Salahuddin berkata pemberian elaun sara hidup secara bulanan kepada nelayan tidak akan dihentikan walaupun Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil alih pentadbiran negara.

Menjawab lanjut soalan Rusnah berkenaan kategori nelayan yang menerima elaun itu, Salahuddin berkata setakat ini hanya nelayan tulen yang benar-benar menjadikan aktiviti menangkap ikan sebagai kerjaya layak menerima elaun berkenaan.

Beliau berkata kementerian juga akan melaksanakan pelan khusus untuk meningkatkan pendapatan golongan itu seperti memperbanyak kawasan pembiakan ikan di kawasan tertentu dan projek memperbaiki kerosakan akibat hakisan pantai.

Katanya, ia juga termasuk menggalakkan nelayan yang mempunyai tanah untuk menanam varieti buah-buahan baharu seperti nanas madu dan rambutan mutiara merah yang mempunyai nilai tinggi di pasaran. #sumber


Demikianlah Artikel Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan

Sekianlah artikel Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kerajaan-jamin-elaun-sara-hidup-nelayan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Jamin Elaun Sara Hidup Nelayan Tak Akan Di Hentikan"

Catat Ulasan

Loading...