Loading...
Judul : Kit Siang Seru Pengundi PAS Dan UMNO Sokong Calon PKR !
link : Kit Siang Seru Pengundi PAS Dan UMNO Sokong Calon PKR !
Kit Siang Seru Pengundi PAS Dan UMNO Sokong Calon PKR !
SHAH ALAM - Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang menyeru semua pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis termasuk daripada parti PAS dan UMNO untuk memberikan sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Sabtu ini.
Beliau berkata walaupun kemenangan atau kekalahan kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis tidak mengubah kerajaan sedia ada, namun sekiranya ia kekal disandang PKR, ia akan memperkuatkan lagi usaha Pakatan Harapan (PH) 'membersihkan' sistem pentadbiran daripada rasuah.
"Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, mereka (pengundi UMNO) tidak mempercayai tentang skandal 1Malaysia Development Berhad itu benar tapi sekarang, kita ingat skandal itu tidaklah seteruk mana, rupanya ia lebih buruk daripada apa yang disangkakan.
"Dengan pembongkaran (skandal itu), ia sekurang-kurangnya dapat membuka mata pihak sebelah sana untuk memberi sokongan kepada calon PKR ini," katanya kepada pemberita selepas ceramah membantu kempen Mohd Zawawi di sebuah restoran di sini, hari ini.
Lim berkata DAP sentiasa memberi sokongan penuh kepada Mohd Zawawi untuk menang dalam PRK tersebut dengan majoriti besar dan jika tercapai, ia memberi isyarat jelas kepada UMNO bahawa rakyat masih percaya dan yakin dengan pimpinan daripada PH untuk memberi perubahan dalam sistem pentadbiran negara. #sumber
Demikianlah Artikel Kit Siang Seru Pengundi PAS Dan UMNO Sokong Calon PKR !
Sekianlah artikel Kit Siang Seru Pengundi PAS Dan UMNO Sokong Calon PKR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang Seru Pengundi PAS Dan UMNO Sokong Calon PKR ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kit-siang-seru-pengundi-pas-dan-umno.html
0 Response to "Kit Siang Seru Pengundi PAS Dan UMNO Sokong Calon PKR !"
Catat Ulasan