Loading...
Judul : Lokman: SPR Dan SPRM di Minta Siasat Dakwaan Politik Wang
link : Lokman: SPR Dan SPRM di Minta Siasat Dakwaan Politik Wang
Lokman: SPR Dan SPRM di Minta Siasat Dakwaan Politik Wang
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan berlaku amalan politik wang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, berkata jika benar dakwaan itu, ia bertentangan perjuangan dilaungkan PKR untuk menghapuskan amalan rasuah.
"Saya dimaklumkan mereka (PKR) sudah menggerakkan ejen untuk mendekati pengundi di Sungai Kandis. Saya berharap pihak berkuasa dapat membuat pemantauan.
"Kita pun sudah menggerakkan jentera BN dan UMNO untuk memantau perkara ini. Amalan politik wang ini sepatut tidak berlaku," katanya pada sidang media di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Lokman berkata, calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang dikenali sebagai pemimpin memiliki latar belakang agama, juga harus tidak membenarkan amalan negatif itu berlaku.
"Apapun, saya berharap pengundi Sungai Kandis menolak jika ada ejen PKR datang merasuah untuk mengundi calon mereka," katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Lokman, Mohd Zawawi dan calon Bebas, K Murthy.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei, 50, meninggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Allahyarham menewaskan tiga calon lain di DUN itu dengan majoriti 12,480 undi. #sumber
Demikianlah Artikel Lokman: SPR Dan SPRM di Minta Siasat Dakwaan Politik Wang
Sekianlah artikel Lokman: SPR Dan SPRM di Minta Siasat Dakwaan Politik Wang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lokman: SPR Dan SPRM di Minta Siasat Dakwaan Politik Wang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/lokman-spr-dan-sprm-di-minta-siasat.html

0 Response to "Lokman: SPR Dan SPRM di Minta Siasat Dakwaan Politik Wang"
Catat Ulasan