Loading...

MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa

Loading...
MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa
link : MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa

Baca juga


MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan penurunan kuasa pihak berkuasa negeri kepada pentadbir tanah dan pendaftar bagi kelulusan kebenaran pindah milik, gadaian serta pajakan tanah, berkuat kuasa semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pelaksanaan itu membolehkan kelulusan diperoleh dalam tempoh satu ke dua hari atau 10 hari, bergantung kepada kategori pindahan, berbanding tiga bulan sebelum ini.

“Penurunan kuasa ini akan menyelesaikan banyak kes pindahan tertunggak  kerana kita memudahcarakan dan mengurangkan birokrasi dalam permohonan, asalkan permohonan dibuat secara lengkap.

“Sebagai contoh, permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian bagi maksud kasih sayang iaitu antara suami isteri, waris qadim seperti anak, adik beradik dan cucu serta waris bukan qadim iaitu saudara terdekat kini boleh dilakukan pentadbir tanah dengan kelulusan antara satu ke dua hari.  

“...bermakna permohonan dikemukakan di pejabat tanah dan dipertimbangkan oleh pentadbir tanah, berbeza sebelum ini iaitu pejabat tanah perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebelum dihantar ke pejabat Menteri Besar,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata ia juga melibatkan permohonan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah, sama ada individu atau syarikat dalam kategori Melayu kepada Melayu, bukan Melayu kepada bukan Melayu dan bukan Melayu kepada Melayu.

“Permohonan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah daripada individu atau syarikat dalam kategori Melayu kepada bukan Melayu sama ada permohonan baharu atau rayuan masih perlu melalui pejabat Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata perubahan itu yang memberi kuasa lebih luas kepada pentadbir tanah melibatkan garis panduan tertentu bagi mengelakkan berlaku perkara seperti salah guna kuasa.

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan teliti termasuk pada peringkat Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum mula dilaksanakan secara rasmi,” katanya. #sumber




Demikianlah Artikel MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa

Sekianlah artikel MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/mb-penurunan-kuasa-berkaitan-tanah-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MB: Penurunan Kuasa Berkaitan Tanah Di Pahang Di Kuatkuasa"

Catat Ulasan

Loading...