Loading...

Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN !

Loading...
Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN !
link : Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN !

Baca juga


Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN !


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti untuk menjenamakan semula Biro Tatanegara (BTN) supaya peranan dan fungsi agensi itu tidak lagi tersasar daripada objektif utama penubuhannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik (foto)  berkata BTN tidak akan lagi menjadi ejen yang boleh digunakan pihak tertentu untuk “menonjolkan motif mereka tersendiri”.

“Seiring perubahan sosio politik dan semangat Malaysia baru, BTN dalam proses penjenamaan semula dan perbincangan berhubung penjenamaan semula BTN masih berlangsung.

“Kajian semula untuk membangunkan modulnya akan memberi penekanan kepada pembudayaan nilai murni dalam kehidupan dan kembali kepada objektif asal penubuhannya,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, pengisian program yang akan dibawa lebih bermatlamatkan fokus memupuk jati diri dari aspek bangsa, budaya dan nilai dalam memastikan kedaulatan negara bangsa.
Katanya, terdapat 4 objektif BTN, iaitu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai aspek kenegaraan, dasar kerajaan, isu semasa serta menerapkan nilai murni.

Dalam perkembangan lain, Farid berkata, pemimpin seharusnya lebih bertanggungjawab dan menjaga tatasusila serta mengelak daripada menyentuh unsur yang boleh membawa kepada ketidakharmonian antara kaum di negara ini.

“Pemimpin dan wakil rakyat perlu menjaga tatasusila, tidak perlulah hari-hari nak kena tekankan, patut faham sendiri perpaduan itu aset utama yang harus dibela dan dihargai.
“Elakkan daripada menjadi punca tercetusnya insiden tidak elok, pemimpin harus jadi contoh utama dalam hal ini.”

Sementara itu, Dewan Rakyat meluluskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Agong semasa merasmikan pembukaan persidangan Parlimen pada 17 Julai lalu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.



Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. #sumber


Demikianlah Artikel Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN !

Sekianlah artikel Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/md-farid-kerajaan-dalam-proses.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Md Farid: Kerajaan Dalam Proses Penjenamaan Semula BTN !"

Catat Ulasan

Loading...