Loading...
Judul : Mekanik Parah Di Kepala Di Hempap Ketika Menukar Tayar Bas
link : Mekanik Parah Di Kepala Di Hempap Ketika Menukar Tayar Bas
Mekanik Parah Di Kepala Di Hempap Ketika Menukar Tayar Bas
JERANTUT - Seorang mekanik parah di kepala akibat dihempap ketika menukar tayar sebuah bas semasa kejadian pukul 9.30 pagi di tempat kerjanya dekat Jalan Kampung Temin di sini hari ini.
Difahamkan, Abd. Rahman Ishak, 39, mengalami kecederaan itu semasa sedang memasang jek hidraulik di bawah bas berkenaan sebelum dihempap kenderaan tersebut.
"Sebelum kejadian, dia (mangsa) berada di bawah bas untuk memasang jek kerana hendak menukar tayar .
"Tiba-tiba bas jatuh dari jek dan menghempap dia yang berada di bawah. Kawan sekerja yang melihat kejadian itu cuba membantu mengeluarkan dia dari bawah bas.
"Pemilik bengkel yang turut melihat kejadian itu terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan kecemasan," ujar sepupu mangsa, Mohd. Zamri Umor, 33, kepada Kosmo! di sini.
Sejurus diselamatkan dengan bantuan orang ramai, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian dikejarkan ke Hospital Jerantut untuk diberikan rawatan.
Mangsa yang separuh sedar semasa diselamatkan seterusnya dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. #sumber
Demikianlah Artikel Mekanik Parah Di Kepala Di Hempap Ketika Menukar Tayar Bas
Sekianlah artikel Mekanik Parah Di Kepala Di Hempap Ketika Menukar Tayar Bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mekanik Parah Di Kepala Di Hempap Ketika Menukar Tayar Bas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/mekanik-parah-di-kepala-di-hempap.html
0 Response to "Mekanik Parah Di Kepala Di Hempap Ketika Menukar Tayar Bas"
Catat Ulasan