Loading...
Judul : PAKP: Petronas Patut Jadi Pembekal Tunggal Minyak Kerajaan !
link : PAKP: Petronas Patut Jadi Pembekal Tunggal Minyak Kerajaan !
PAKP: Petronas Patut Jadi Pembekal Tunggal Minyak Kerajaan !
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjelaskan kewajarannya memilih Petron sebagai “salah satu” pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan, kata Timbalan Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Haslihelmy DM Datuk Zulhasli.
“Banyak persoalan boleh ditimbulkan, eloklah kerajaan memberi penjelasan agar tidak ada yang salah sangka mengatakan ianya ada kepentingan kepada Keluarga Perdana Menteri,” katanya.
Kenyataan itu dibuat setelah surat pemilihan Petron, syarikat yang dikaitkan dengan anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan, itu tular.
Sumber kerajaan mengesahkan bahawa surat itu asli dan diedarkan kepada kementerian-kementerian dalam kerajaan.
"Mirzan, adalah pengarah syarikat induk Petron, Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina.
Beliau menjadi pengarah dan pemegang saham Petron Corporation sejak 2010. Beliau ketika itu mempunyai 1,000 saham.
Bawah peraturan syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk melayakkannya menjadi pengarah.
"Bagaimanapun, Petron Malaysia pada 2013 berkata Mirzan tidak mempunyai sebarang saham atau peranan dalam operasi syarikat itu di Malaysia.
Dalam kenyataan petang ini, Haslihelmy berkata Petronas sepatutnya menjadi syarikat tunggal untuk membekalkan perkhidmatan itu kepada kerajaan.
Katanya, ini memandangkan status Petronas sebagai syarikat utama dalam negara yang menyalurkan hasil kepada kerajaan.
“...dan ini akan memberi kebaikan kepada syarikat dan negara serta rakyat,” jelasnya.
Haslihelmy juga membangkitkan sama ada pelantikan Petron dibuat melalui tender terbuka seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan atau dibuat secara Direct Nego. #PDO
Demikianlah Artikel PAKP: Petronas Patut Jadi Pembekal Tunggal Minyak Kerajaan !
Sekianlah artikel PAKP: Petronas Patut Jadi Pembekal Tunggal Minyak Kerajaan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAKP: Petronas Patut Jadi Pembekal Tunggal Minyak Kerajaan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/pakp-petronas-patut-jadi-pembekal.html

0 Response to "PAKP: Petronas Patut Jadi Pembekal Tunggal Minyak Kerajaan !"
Catat Ulasan