Loading...
Judul : Parti Pembangkang Perlulah Bersatu Saingi Pakatan Harapan !
link : Parti Pembangkang Perlulah Bersatu Saingi Pakatan Harapan !
Parti Pembangkang Perlulah Bersatu Saingi Pakatan Harapan !
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata ia dapat dilihat menerusi keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, semalam.
Katanya, kemenangan PH dalam PRK itu adalah disebabkan PKR mendapat sokongan pengundi bukan Melayu walaupun PH masih terkial-kial mencari rentak meraih sokongan umat Islam.
"Masih awal untuk membuat analisis terperinci (keputusan PRK DUN Sungai Kandis), namun secara keseluruhan saya melihat pembangkang ada potensi untuk berdepan dan memberi cabaran sengit kepada PH.
"PH dilihat masih terkial-kial mencari rentak untuk meraih sokongan umat Islam. Saya percaya, PH menang dengan dukungan pengundi bukan Melayu.
"Justeru, untuk memberi cabaran sengit dan berkesan kepada PH pada masa akan datang sama ada dalam PRK atau pilihan raya umum (PRU), umat Islam mesti bersatu dan parti mewakili orang Islam dan Melayu mesti bekerjasama dengan baik," katanya hari ini.
Beliau mengulas keputusan PRK DUN Sungai Kandis semalam yang menyaksikan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mendapat 15,427 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam (9,585 undi) dan calon Bebas, K Murthy (97 undi).
Nasrudin berkata, kerjasama itu dapat dizahirkan jika semua pihak khasnya umat Islam dan parti mewakili mereka bertolak ansur demi Islam.
"Syarat kerjasama itu sudah tentu demi masa depan Islam dan umatnya di Malaysia ini. Semua pihak perlu bertolak ansur demi Islam.
"Syariat dan syiar Islam di Malaysia mesti terus diperjuangkan. Kalah menang dalam pilihan raya tidak boleh menghentikan kerja dakwah dan amal Islam untuk mengembalikan kuasa politik umat Islam," katanya.
Mengulas kesediaan BN memberi laluan kepada PAS meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK DUN Seri Setia, Nasrudin berkata, ia adalah satu sikap positif tetapi PAS Pusat akan berbincang mengenainya. #sumber
Demikianlah Artikel Parti Pembangkang Perlulah Bersatu Saingi Pakatan Harapan !
Sekianlah artikel Parti Pembangkang Perlulah Bersatu Saingi Pakatan Harapan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Parti Pembangkang Perlulah Bersatu Saingi Pakatan Harapan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/parti-pembangkang-perlulah-bersatu.html
0 Response to "Parti Pembangkang Perlulah Bersatu Saingi Pakatan Harapan !"
Catat Ulasan