Loading...
Judul : PAS Selangor Nafi Ahli Parti Itu Protes PRK DUN Sungai Kandis
link : PAS Selangor Nafi Ahli Parti Itu Protes PRK DUN Sungai Kandis
PAS Selangor Nafi Ahli Parti Itu Protes PRK DUN Sungai Kandis
Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, masih terlalu awal untuk membuat andaian bahawa ahli parti itu memboikot atau ingkar arahan PAS Pusat untuk mengundi parti selain Pakatan Harapan (PH).
"PAS menjadi punca peratusan keluar mengundi sikit? Jika kita melihat undi yang diperoleh calon PKR pun menurun, kita pun boleh katakan juga ahli PKR memboikot calon mereka.
"Janganlah kita membuat andaian semudah ini. Bagaimanapun, kita sudah meminta PAS di peringkat Parlimen (Kota Raja), DUN (Dewan Undangan Negeri) dan jentera melakukan bedah siasat mengenai punca tidak ramai keluar mengundi," katanya kepada NSTP di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan sebahagian besar ahli PAS mengambil sikap berkecuali serta tidak keluar mengundi, walaupun kepemimpinan parti itu mengarahkan mereka memenangkan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.
Sabtu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratus pengundi keluar pada PRK DUN Sungai Kandis hanya 49.4 peratus, jauh tersasar daripada jangkaan awal iaitu 80 peratus.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS di Sungai Kandis gagal, Sallehen berkata, PAS tidak pernah menjalinkan kerjasama secara rasmi atau tahaluf siyasi dengan UMNO.
"PAS cuma minta ahlinya mengundi parti yang mana kesan mudaratnya paling sedikit. Dalam konteks PRK Sungai Kandis, kita berpendapat jika undi PKR, ia memberi banyak kesan mudarat kepada agama.
"PAS juga minta ahlinya membuat pertimbangan yang sama jika ada pertandingan antara MCA dan DAP. Ini pendirian PAS sejak dahulu lagi," katanya.
Sebelum ini, Mohamad Sabu berkata, kerjasama UMNO dan PAS tidak mencapai matlamat yang disasarkan walaupun pemimpin kedua-dua parti itu secara terbuka mengisytiharkan kerjasama masing-masing.
Beliau turut mendakwa ahli PAS tidak dapat menerima kerjasama dan menolak pelawaan UMNO itu. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Selangor Nafi Ahli Parti Itu Protes PRK DUN Sungai Kandis
Sekianlah artikel PAS Selangor Nafi Ahli Parti Itu Protes PRK DUN Sungai Kandis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Selangor Nafi Ahli Parti Itu Protes PRK DUN Sungai Kandis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/pas-selangor-nafi-ahli-parti-itu-protes.html
0 Response to "PAS Selangor Nafi Ahli Parti Itu Protes PRK DUN Sungai Kandis"
Catat Ulasan