Loading...

PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen

Loading...
PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen
link : PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen

Baca juga


PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen


KOTA BHARU: PAS tidak akan berputus asa untuk mencari peluang membahaskan kembali Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) di Parlimen di sebalik langkah kerajaan Persekutuan mencari formula penyelesaian lebih holistik untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood berkata walaupun parti itu bersetuju dengan langkah kerajaan Persekutuan mencari penyelesaian terbaik berhubung perkara tersebut, namun dalam masa yang sama PAS yakin hanya RUU355 dapat menyelesaikan masalah sosial yang melanda umat Islam ketika ini.

“Kita setuju memperkasa (Mahkamah Syariah secara holistik) tapi dalam memperkasa pun, RUU355 ini mesti diutamakan sebab matlamat kita nak perkasa Mahkamah Syariah ini supaya masalah yang berbangkit seperti gejala sosial dapat dikurangkan seterusnya dihapuskan.

“Salah satu caranya (menghapuskan gejala sosial) adalah menerusi pelaksanaan RUU355,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata jawatankuasa yang ditubuhkan antara pentadbiran kerajaan Persekutuan terdahulu dan kerajaan negeri dalam membincangkan RUU 355 kini tidak lagi berfungsi.

Mujahid dipetik sebagai berkata dasar kerajaan baru melihat Mahkamah Syariah dalam kerangka lebih holisitik dan kepada intipati dari segi hakim, penguatkuasaan, infrastruktur dan lain-lain. #sumber



Demikianlah Artikel PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen

Sekianlah artikel PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/pas-tak-putus-asa-tunggu-peluang-bahas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Tak Putus Asa Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen"

Catat Ulasan

Loading...