Loading...
Judul : PAS, UMNO Perlu Berani Isytiharkan Gabungan Politik Baharu !
link : PAS, UMNO Perlu Berani Isytiharkan Gabungan Politik Baharu !
PAS, UMNO Perlu Berani Isytiharkan Gabungan Politik Baharu !
KUANTAN: Demi perjuangan Melayu dan Islam di negara ini, PAS dan UMNO perlu berani nyatakan pendirian bahawa mereka "bersatu" dalam wadah perjuangan baharu bukan sekadar suara pembangkang menjelang pilihanraya kecil semata-mata.
Demikian ditegaskan oleh aktivis bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO sebentar tadi. Beliau yang juga merupakan seorang blogger, mengakui rakyat terutamanya orang Melayu Islam semakin keliru dengan perjuangan pembangkang terutamanya PAS.
"Saya rasa, jika sebelum PRU14 PAS dan UMNO bergabung melawan satu sama satu dengan Pakatan Harapan, mungkin kuasa di Putrajaya masih belum bertukar tangan. Tapi PAS dan UMNO sama-sama meletakkan calon di kerusi yang sepatutnya mereka menang (jika satu lawan satu)", dakwa Shukri.
Katanya lagi, pendirian PAS untuk menjadi "King Maker" semasa PRU14 lalu perlu diubah kerana ia mengelirukan ahli dan pengundi mereka sendiri hingga mereka akhirnya terpaksa mengundi PH yang dilihat lebih terkehadapan dalam berbagai isu terutama 1MDB, GST dan sebagainya.
"Bukti jelas bila pucuk pimpinan PAS mencadangkan ahlinya pangkah calon BN pada PRK Sungai Kandis baru-baru ini, ramai yang memboikot dan tidak mahu keluar mengundi. Walau pun ia dinafikan, namun itulah kenyataan pahit yang harus ditelan. Akibtanya BN sepatutnya berupaya menang telah tewas kerana peratusan keluar mengundi merudum", kata Shukri lagi.
"Tiba masanya PAS dan BN insytiharkan mereka kini bergabung dalam satu wadah perjuangan baru yang memartabatkan bangsa dan agama dengan lebih jelas. Buktikan pada dua PRK (Seri Setia dan Balakong) yang akan menjelma tidak lama lagi", tambah beliau.
Nayatakan pendirian dengan jelas dan tak perlu lagi berkias-kias. Bersatu atas nama Islam dan Melayu yang pasti akan mengukuhkan lagi hala tuju pakatan pembangkang itu sebenarnya.
"Jika hanya mahu bergabung setiap kali PRK, ia akan menyebabkan undi prostes berlaku dan ia amat merugikan. Tidak salah untuk PAS dan UMNO memeterai perjanjian persefahaman yang baru dalam politik demi masa depan agama dan bangsa di negara ini. Kekeliruan menyebabkan ahli semakin tertekan dan akhirnya mengambil jalan pintas untuk tidak keluar mengundi", katanya.
Justeru, Shukri turut mencadangkan PAS dan BN membentuk gabungan baru dalam politik pembangkang dengan menggunakan nama "Gagasan Nasional" iaitu gabungan "Gagasan Sejahtera" dan "Barisan Nasional".
"Saya fikir ia lebih baik dari membiarkan ahli akar umbi terus terkapai-kapai dan tertanya-tanya setiap hari apakah status hubungan PAS dan UMNO itu sendiri. Tidak perlu lagi merisik dan bertunang, lebih elok nikah terus agak ia menjadi sah dan lebih mudah untuk mengatur strategi politik di masa hadapan", tambah Shukri lagi. #PDO
Demikianlah Artikel PAS, UMNO Perlu Berani Isytiharkan Gabungan Politik Baharu !
Sekianlah artikel PAS, UMNO Perlu Berani Isytiharkan Gabungan Politik Baharu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS, UMNO Perlu Berani Isytiharkan Gabungan Politik Baharu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/pas-umno-perlu-berani-isytiharkan.html
0 Response to "PAS, UMNO Perlu Berani Isytiharkan Gabungan Politik Baharu !"
Catat Ulasan