Loading...
Judul : Penjawat Awam Wanita Mati Di Percayai Telah Di Bunuh Di Sibu
link : Penjawat Awam Wanita Mati Di Percayai Telah Di Bunuh Di Sibu
Penjawat Awam Wanita Mati Di Percayai Telah Di Bunuh Di Sibu
SIBU - Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dengan keadaan tangan dan kakinya diikat di tepi katil di dalam rumah sewanya di Jalan Tiong Hua, di sini hari ini.
Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemui oleh rakan sekerjanya yang pergi ke rumah berkenaan pada pukul 3 petang.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, panik melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa, rakan wanita berkenaan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, sepasukan anggota polis kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.
"Berdasarkan maklumat rakannya, mangsa merupakan seorang penjawat awam dan bekerja di di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.
"Namun, mangsa dikatakan gagal dihubungi dan tidak turun bekerja sejak pagi tadi sebelum dia ditemui mati," katanya ketika dihubungi hari ini.
Stanley menambah, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.
Katanya, pasukan polis masih menyiasat dan mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya. #sumber
Demikianlah Artikel Penjawat Awam Wanita Mati Di Percayai Telah Di Bunuh Di Sibu
Sekianlah artikel Penjawat Awam Wanita Mati Di Percayai Telah Di Bunuh Di Sibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penjawat Awam Wanita Mati Di Percayai Telah Di Bunuh Di Sibu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/penjawat-awam-wanita-mati-di-percayai.html
0 Response to "Penjawat Awam Wanita Mati Di Percayai Telah Di Bunuh Di Sibu"
Catat Ulasan