Loading...

Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama !

Loading...
Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama !
link : Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama !

Baca juga


Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama !


KUANTAN: Skuad kendalian Dollah Salleh gagal menggunakan kesempatan beraksi di halaman sendiri selepas diikat pasukan dari Liga Premier, Sabah 1-1 dalam perlawanan pembuka tirai saingan Piala Malaysia pada Sabtu.

Pasukan tuan rumah turun dengan kesebelasan terbaik selepas kembalinya ketua pasukan, Matthew Davies yang terlepas beberapa perlawanan terakhir saingan Liga Super.

Namun begitu, Pahang terus kempunan menagih aksi seorang lagi tonggak import iaitu Issey Nakajima yang masih belum cergas 100%. Tugas menggempur kubu lawan terus dipikul gandingan Iwuji Amutu dan Norshahrul Idlan Talaha dan dibantu Wan Zaharulnizam serta Mohamadou Sumareh.

Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat kerap mengancam kubu Pahang. Mujurlah aksi tangkas Helmi Heliza berjaya menggagalkan peluang terbaik Sabah untuk mengejutkan tuan rumah pada minit ke 21.

Pada minit ke 37, Helmi sekali lagi bertindak cemerlang selepas menggagalkan percubaan Hector Ramos yang melakukan rembatan selepas menerima hantaran baik dari Paunovic.

Tatkala permainan pada separuh masa pertama bakal berkesudahan dengan tanpa sebarang jaringan, Iwuji Amutu mudah menghukum kealpaan benteng pertahanan Sabah yang membiarkan penyerang import Pahang itu bersendirian dalam kotak penalti selepas seorang pemain pelawat gagal mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya.

Kelebihan 1 jaringan pada separuh masa pertama segera dipadamkan pasukan pelawat di awal permainan separuh masa kedua. Gol penyamaan itu berjaya diledak oleh Hector Ramos yang bijak melepasi perangkap offside dan kali ini beliau lebih tenang untuk menewaskan Helmi Heliza.

Tiada banyak peluang dan percubaan yang berbahaya dicetus kedua-dua pasukan sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. Pahang akan berkunjung ke Shah Alam pada 11 Ogos bagi meneruskan perlawanan kedua bertemu pasukan selangor dalam kumpulan D. #sumber


Demikianlah Artikel Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama !

Sekianlah artikel Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/piala-malaysia-pahang-cicir-mata-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Piala Malaysia, Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama !"

Catat Ulasan

Loading...