Loading...

PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI

Loading...
PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI
link : PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI

Baca juga


PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI



Apa yang abam bagitau betulkan. Klopp nak letak kesebelasan terbaik lawan Napoli. Kalau ibarat gunting rambut belum trim habis lagi, belum trim sedben lagi. Napoli bukan tak bagus tetapi diorang tak studi kot masa kawan diorang AS Roma kena lauk dulu. Kesebelasan Napoli boleh tahan cuma Ancelotti main terlalu berani sikit boh taktik menyerang. Kalau dia main cam Dortmund mau sakit juga sebab Collajen dan Isigne boleh selinap jika diorang main sayap ortodok. Ini tak banyak banyak fungsi pemain sayap diambil alih oleh bek sisi. Konon nak tiru Liverpool lettew.

Liverpool awal2 lagi dah tak bagi peluang bek Napoli dok rileks. Walauun Napoli bolot penguasaan bola kat tengah, mereka dok pi mai pi mai tang tu. Sakit nak lepas Gomez dan Van Dijk. Serangan Liverpool dar serang balas membuahkan hasil dan hasil kerja keras lembu2 lain, sapi yang bernama Milner dapat nama untuk gol pembukaan.  Tak tunggu lama Mat Gandum plak dapat gol , namun kali ni Milner punya hantaran memang cun, Mat Gandum cuma perlu sua kepala sahaja dan goli Napoli hanya serbu dan tangkap angin.

Separuh pertama berakhir dengan 2-0. Tapi ikut peluang mungkin boleh dapat lebih. Mane dah nak jadi tamak balik dah. Tapi abam kagum dengan Koulibaly, bek Napoli yang bukan sahaja sado tetapi memang cerdik. Peluh gak Salah nak lepas rakan senegara Mane tu. Banyak kali Salah kantoi nak botol Kulibaly. Gamaknya kalau Napoli letak rega 100juta pound untuk mamat ni, kiranya memang kena dengan kebolehan beliau. Lagi satu abam teruja dengan Hamsik yang rambut Trojan. Kat tengah memang kawasan dia, hantaran cantik dan nak curi bola kat dia pun susah.

Separuh kedua bermula tempo agak sederhana. Napoli pula buka langkah. Diorang cuma macam biasa menyerang dengan cara nak lepas perangkap curi ayam. Marah kemain Collajen bila dia dikatakan curi ayam tapi tak. Nasb baik tadak VAR kalau tak gol konpom di kira masuk. Dalam dok asyik menyerang, Napoli kena balik serangan kali ni hantaran Shaqiri yang main penyerang tengah ganti Firmino cari kepala Salah, dan ketika ni Mane pi tolak bek Napoli dan hasilnya Salah dapat peluang dan cedok baik ke dalam gawang Napoli untuk ke-tiga kali. Ni pun kalau ada VAR konpom gol batal. Nasib ko la Napoli komplen pun pengadil buat dek.

Sejurus gol itu majoriti pemain ditukar kecuali Allison dan Van Dijk kekal. Kita menyangka dengan skuad simpanan mungin takat 3 biji an mungkin Napoli akan bangun. Tetapi skuad muda dan simpanan tua nampak buat Napoli lagi serabut.  Hasil serangan bertubi-tubi dapat juga Mat Stur gol setelah 2 kali percubaan gagal depan pintu. Dan gol penutup dihasilkan oleh pemain yang kita tahu punyai sepakan bagus, tapi selalu kelaut siapa lagi bukan Moreno. Kali ni dia bikin Klopp pening nanti nak pilih bek kiri.

Fokus keatas kemenangan ni harap berterusan sampai ke perlawanan seterusnya. Kita dah nampak keserasian Firmino-Salah dan Mane sebelum ni,  dan bekap yang cemerlang ditunjukakn Sturridge dan Shaqiri. Apa yang abam paling suka bab Shaqiri ialah dia suka percepatkan serangan bila ada sahaja nampak lubang serangan yang dia bleh eksploitasi. Cuma bab nak ligan pemain kat sebelah sayap dia memang nampak lemau. Boleh dikatakan N.10 yang kita cari bukannya Fekir atau Pulisic tetapi Shaqiri memang ngam kat situ. Setakat yang kita nampak masa lawan Napoli. Harap Klopp letak Shaqiri kat situ lagi nanti.

Namun Klopp masih belum selit Fabinho sebagai gandingan utama. Dia masih pilih jalan selamat dengan Milner dan Gandum untuk bekap Keita. Dengan kecederaan kepala Milner, mungkin Fabinho akan dicuba plak nanti dalam gandingan utama. Setakat sekarang dok nampak Klopp hampir pasti letak Gomez berpasangan dengan Van Dijk. Gomez dah banyak belajar sepanjang pra-musim ni dan peluang yang Klopp kasi nampaknya tak dipersiakan.


Demikianlah Artikel PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI

Sekianlah artikel PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/pra-musim-liverpool-5-0-napoli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI"

Catat Ulasan

Loading...