Loading...

PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu

Loading...
PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu
link : PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu

Baca juga


PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu


SHAH ALAM - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad di Dewan Besar Sri Tanjong di sini. 

Kemenangan itu sekaligus menunjukkan Mohd. Zawawi berjaya mempertahankan penguasaan tiga penggal parti itu di DUN Sungai Kandis. 

Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh, Mohd. Zawawi, 48, mendapat 15,427 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam yang memperoleh 9,585 undi dan calon bebas (97 undi).

Bagaimanapun undi majoriti yang diperoleh Mohd. Zawawi menunjukkan penurunan berbanding wakil rakyat terdahulu Mat Shuhaimi Shafie iaitu sebanyak 12,480 undi. 

Sementara itu, PRK DUN Sungai Kandis mencatatkan rekod buruk apabila hanya 49.4 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka. 

SPR sebelum ini menyasarkan sebanyak 80 peratus pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya berkenaan. 

Jumlah undi ditolak adalah sebanyak 173.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu. 

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi, bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd. Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). #sumber


Demikianlah Artikel PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu

Sekianlah artikel PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/prk-mohd-zawawi-di-pilih-adun-sungai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRK: Mohd. Zawawi Di Pilih ADUN Sungai Kandis Yang Baharu"

Catat Ulasan

Loading...