Loading...
Judul : Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara Di Mansuh !
link : Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara Di Mansuh !
Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara Di Mansuh !
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengesahkan pemansuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN).
Beliau berkata, penjawat awam yang ditugaskan di dua inisiatif kerajaan itu akan diserapkan ke dalam kementerian beliau.
Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen, Syed Saddiq berkata keputusan itu dibuat bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan membolehkan lebih perhatian diberikan kepada usaha menamatkan perkhidmatan lantikan politik.
“Kami bercadang menstruktur semula dan mengurangkan kos di sesetengah bahagian kerana kami dapati 50% daripada peruntukan belanjawan digunakan untuk membayar sewa kem dan pengangkutan.
“Proses ini tidak dibuat melalui tender terbuka,” katanya. “Banyak daripada urus niaga ini dibuat melampaui harga pasaran, jadi kedua-dua entiti ini perlu distruktur semula.”
Beliau berkata kementerian tidak akan bertindak terburu-buru menukar kakitangan, tetapi akan mematuhi proses sah dalam mengenal pasti dan menilai mereka yang diambil bekerja di bawah PLKN dan BTN.
“Kita perlu mengenal pasti dan membezakan antara kakitangan kontrak dengan yang tetap.
“Buat masa ini kita tidak dapat mendedahkan angka akhir kakitangan yang akan diserap ke dalam kementerian,” kata beliau.
Syed Saddiq menambah, satu lagi inisiatif di bawah kerajaan lepas, iaitu Belia 1Malaysia (1M4U) juga sedang dikaji semula.
“Kita mahu menghidupkan semula fungsi asal 1M4U, yang bertujuan membangunkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.
“Kami mahu memastikan ia tidak lagi dipengaruhi campur tangan politik,” katanya, dan menambah kementerian akan melibatkan kumpulan berkepentingan yang terlibat secara aktif dalam kerja-kerja sukarela. #sumber
Demikianlah Artikel Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara Di Mansuh !
Sekianlah artikel Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara Di Mansuh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara Di Mansuh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/program-latihan-khidmat-negara-biro.html
0 Response to "Program Latihan Khidmat Negara, Biro Tata Negara Di Mansuh !"
Catat Ulasan