Loading...

Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya

Loading...
Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya
link : Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya

Baca juga


Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya


KUANTAN - Penderitaan etnik minoriti Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman junta tentera dan ektrimis buddha di negara sendiri selepas hak mereka sebagai warganegara dinafikan menjadi iktibar kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan di sini dalam menghayati erti sebenar nikmat kemerdekaan.

Justeru, sempena majlis pelancaran bulan Kemerdekaan dan Cintailah Negara peringkat sekolah itu, satu sesi  khas ceramah dan tayangan khas penderitaan Rohingya diadakan bertemakan `Rohingya Ikhtibar buat kita`.

Pengertua SMK Pelabuhan, Asruddin Abas berkata, program khas itu dilihat amat bertepatan dalam usaha membangkitkan semangat pelajar untuk menghayati dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan Negara yang dikecapi rakyat di Negara ini.

Menurutnya, melalui sesi ceramah dikendalikan Ketua Unit Rohingya , Biro Misi Kemanusiaan Haluan Malaysia, Abd Bashir Abd Ghani  dan tayangan video yang diadakan berjaya  membangkitkan kesedaran kepada pelajar terhadap  pentingnya kekuatan jati diri , perpaduan dan ilmu dalam berdepan cabaran hidup di negara yang berbilang kaum.


Sumbangan Ikhlas- Pelajar SMK Pelabuhan menghulurkan sumbangan derma untuk membantu etnik Rohingya yang dihimpit penderitaan berterusan.
“Justeru penderitaan etnik Rohingya  yang ditindas dan dizalimi sejak sekian lama perlu dijadikan iktibar dalam kita meraikan sambutan hari kemerdeoaan kali ini.

“Biarpun  Myanmar merdeka sejak  tahun 1960 namun  tidak membawa erti kepada etnik golongan minoriti ini apabila hak  mereka  sebagai rakyat  dinafikan sehingga terpaksa bergelar pelarian dan ada yang dibunuh kejam,” katanya.

Beliau berkata, ceramah dan tayangan video memaparkan kezaliman diluar batasan kemanusiaan dan penderitaan bangsa Rohingya sebagai pelarian menjentik hati pelajar dan guru terhadap betapa pentingnya mereka mengambil ikhtibar atas peristiwa yang berlaku.

“Mereka tidak boleh leka dan hanyut dengan cabaran dunia tanpa sempadan dan pengaruh  media sosial yang kuat pengaruh negatifnya.

“Melalui perkongsian pengalaman ini dapat mendidik pelajar betapa bertuah dan beruntungnya mereka menjadi warganegara Malaysia yang hidup dengan aman dan sejahtera,”katanya.

Menurutnya, majlis itu sangat bermanfaat dan sewajarnya diketengahkan kepada pelajar sekolah agar mereka membuka mata dan minda, merasai betapa syukurnya berada dan belajar dalam negara yang aman.

Pada majlis itu, turut diadakan kutipan tabung bantuan Rohingya dan berjaya mengumpulkan RM800 hasil sumbangan murid dan guru sebelum diserahkan kepada Abd Bashir. #sumber



Demikianlah Artikel Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya

Sekianlah artikel Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/semua-pihak-di-gesa-ambil-iktibar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Semua Pihak Di Gesa Ambil Iktibar Penderitaan Etnik Rohingya"

Catat Ulasan

Loading...