Loading...
Judul : Tengku Abdullah: Kesedaran Rakyat Tunaikan Zakat Meningkat
link : Tengku Abdullah: Kesedaran Rakyat Tunaikan Zakat Meningkat
Tengku Abdullah: Kesedaran Rakyat Tunaikan Zakat Meningkat
Baginda bertitah setakat 31 Julai, seramai 76,105 pembayar zakat harta telah menjelaskan zakat masing-masing berjumlah RM70.5 juta berbanding 73,320 orang pada tahun sebelumnya.
"Prestasi kutipan zakat kali ini Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang menjelaskan zakat dan berharap lebih ramai tampil melaksanakan kewajipan itu bagi membantu golongan asnaf.
Baginda bertitah, walaupun terdapat peruntukan di bawah enakmen Jenayah Syariah 2013 yang membolehkan mereka yany layak didenda jika gagal membayar zakat, baginda 'lebih gemar' kepada pendekatan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat.
Tengku Abdullah juga optimis sasaran kutipan zakat RM130 juta dengan 85,000 pembayar pada tahun ini dapat direalisasikan, dan dapat ditingkatkan lagi pada 2019 menerusi pelaksanaan Program Wajib Taksir Zakat Pendapatan (WTZ).
WTZ yang dimulakan pada Mac lepas meminta majikan menyerahkan senarai kakitangan untuk disemak bagi menentukan sama ada seseorang itu wajib membayar zakat atau tidak.
"Setakat 31 Julai, sebanyak 750 majikan telah menghantar senarai 42,810 orang kakitangan. Selepas disaring, seramai 21,164 adalah pembayar zakat sedia ada dan bakinya akan menerima borang taksiran bagi menentukan wajib membayar zakat atau tidak," titah baginda.
Pada majlis itu, Tengku Abdullah menerima zakat korporat berjumlah RM6.67 juta terdiri daripada RM4.1 juta yang dibayar FGV Holdings Berhad yang diwakili Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Operasi Felcra Berhad Wilayah Pahang Raja Badli Raja Abdullah (RM999,038).
Sementara Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil menyerahkan zakat berjumlah RM648,405.13, Senior Banker Coverage Bank Pembangunan Malaysia Bhd Sulaiman Abd Rahim (RM500,000), CEO Bank Muamalat Malaysia Berhad Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid (RM223,486.03) dan Pengerusi Majlis Pengurusan Pahang Skills Development Centre Datuk Mas'ut Awang Samah (RM200,000). #sumber
Demikianlah Artikel Tengku Abdullah: Kesedaran Rakyat Tunaikan Zakat Meningkat
Sekianlah artikel Tengku Abdullah: Kesedaran Rakyat Tunaikan Zakat Meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah: Kesedaran Rakyat Tunaikan Zakat Meningkat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/tengku-abdullah-kesedaran-rakyat.html
0 Response to "Tengku Abdullah: Kesedaran Rakyat Tunaikan Zakat Meningkat"
Catat Ulasan