Loading...
Judul : Transgander: Dr Mujahid Mohon Maaf Kenyataan Mengelirukan
link : Transgander: Dr Mujahid Mohon Maaf Kenyataan Mengelirukan
Transgander: Dr Mujahid Mohon Maaf Kenyataan Mengelirukan
Mujahid berkata, beliau menyedari kenyataannya itu menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat terutamanya mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain.
"Kenyataan Jumaat lalu bukan muktamad mahupun arahan, hanya sekadar respons spontan saya. Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita, sebaliknya hanyalah "maybe.." dan "if...
"Sama juga dalam hal berkaitan saf solat. Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam dengan kekeliruan yang berlaku dan juga menarik semula kenyataan yang kurang sesuai," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, hal berkaitan isu transgender lebih sesuai dibicarakan lanjut kelak oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah pun menjalankan kerja dakwah secara 'engagement' terhadap pelbagai kumpulan sasaran terutama dalam isu transgender.
"Namun, pendekatan dakwah secara engagement bukan bermakna saya atau kerajaan sokongan perlakuan Lesbian, Gay Biseksual, Transeksual (LGBT)," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, kesukaran golongan transgender mendapatkan pekerjaan disebabkan peraturan oleh majikan, adat dan budaya antara faktor mendorong mereka menjadi pekerja seks.
"Namun, kita tidak boleh nafikan hak asas pelaku LGBT sebagai manusia untuk didekati, dibimbing, mendapat pekerjaan, mendapat pelanggan bagi perniagaan, rawatan apabila sakit, bantuan apabila memerlukan, tidak dihina dan dikutuk.
"Hak asas yang wajar dinikmati oleh setiap warganegara selagi mana ia tidak mengancam hak yang lain secara jelas," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Transgander: Dr Mujahid Mohon Maaf Kenyataan Mengelirukan
Sekianlah artikel Transgander: Dr Mujahid Mohon Maaf Kenyataan Mengelirukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Transgander: Dr Mujahid Mohon Maaf Kenyataan Mengelirukan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/transgander-dr-mujahid-mohon-maaf.html
0 Response to "Transgander: Dr Mujahid Mohon Maaf Kenyataan Mengelirukan"
Catat Ulasan